07 November 2010

590 Mahasiswa Baru Hadiri MB Gabungan PMRAM




Sumber : PMRAM.org

KAHERAH, 6 November – Muzakarah Berkelompok Gabungan peringkat USMB PMRAM yang diadakan semalam telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program anjuran Jabatan Fasilitator PMRAM tersebut dihadiri seramai 590 mahasiswa/wi baru di seluruh Mesir.

Saudara Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil, Pengerusi Jabatan Fasilitator memberitahu bahawa buku karangan Dr Yusof al Qaradhawi yang bertajuk Kewajipan Pemuda Islam Hari Ini telah menjadi pilihan bagi program ini, bertujuan memperkasakan 4 elemen utama, iaitu fikrah, ibadah, syakhsiah dan ilmiah.

Beliau memberitahu lagi bahawa MB Gabungan ini adalah susulan bagi manhaj MB peringkat USMB yang telah berjalan selama sebulan, iaitu bermula kehadiran mahasiswa/wi baru ke bumi Mesir.

Beliau menambah bahawa MB Gabungan seperti ini telah dirancang untuk diadakan 2 bulan sekali dengan pengisian-pengisian yang telah ditetapkan. Ia adalah kesinambungan daripada Liqo Ketua Fasi setiap bulan, Himpunan Fasilitator dua bulan sekali dan beberapa aktiviti yang telah digariskan oleh Jabatan Fasilitator sendiri.

“Pandangan segelintir manusia yang mengatakan bahawa PMRAM kurang tarbiah adalah satu tuduhan yang tidak berasas. Bahkan manhaj, matlamat dan gerak kerja PMRAM yang dibuat begitu jelas membuktikan bahawa PMRAM memang menekankan aspek tarbiah. Manhaj pembawaan PMRAM jelas, matlamat dan pelaksaan juga jelas”. Kata beliau.

Beliau menambah lagi bahawa Muzakarah Berkelompok dan Jentera Fasilitator PMRAM yang dipergiatkan seminggu sekali dengan manhaj yang telah diatur juga menjadi bukti penekanan PMRAM terhadap tarbiah ahli.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal