08 November 2010

Ulasan Baginda SAW Tentang Isu Ponteng Kuliah Dan Malas Mengaji!

Sumber : ubs-pmram.blogspot.com

Abu : " Mat, awat aku tak nampak hang kat kuliah tadi?
Mat : "aku tidoq la.. lagipun kuliah bukan wajib"

Gejala ponteng kuliah adalah antara gejala penyelewengan amanah yang amat berleluasa dimana-mana sahaja institusi pengajian kini, walaupun sebahagian besar dari institusi pengajian tinggi berkenaan mewajibkan kehadiran kuliah, bahkan menjadikan ia sebagai antara peratus keputusan peperiksaan, namun kehadiran penuntut ilmu masih lagi ditahap tidak memuaskan, bahkan kadangkala sampai ketahap "mengecewakan", Mengapa dan Kenapa situasi ini semakin meruncing?

Ironisnya begini, Seorang pekerja yang dibayar gaji oleh majikannya, pastinya bertanggungjawab menjalankan kerja yang telah diamanahkan padanya, bahkan, apabila beliau tidak menjalankan tanggungjawab tersebut, beliau akan dikenakan tindakan tegas dari majikannya.

Bagaimana pula penuntut ilmu?

Kita dibiayai oleh ibubapa, kerajaan, jabatan agama, orang kampung , jabatan-jabatan tertentu dan sebagainya, justeru, sudah menjadi tanggungjawab kita menjalankan tugas menuntut ilmu kerana tugas utama kita adalah menuntut, oleh itu, kita perlu menuntut dengan sehabis baik!, andai kita meninggalkan perbuatan tersebut, SEPATUTNYA kita akan dikenakan tindakan tegas dari para pembiaya kita..

Namun… antara ketakutan kepada tindakan tegas pembiaya, adakah kita sedar… kita patut lebih takut akan tindakan tegas dari Allah SWT? Amanah keilmuan yang kita pegang adalah sebuah prinsip yang tidak boleh sesekali dimungkiri.

Adakah kita berhak memilih?

Kita bukanlah manusia yang diberi pilihan untuk belajar atau tidak, tetapi kita telah mendapat kewajipan menjalankan amanah keilmuan, apa buktinya?

…"mat… pergi kolej nanti, belajar elok-elok yer.."

Seorang ayah pernah menasihati anaknya dengan kata-kata yang cukup menyemarakkan semangat anaknya untuk menuntut ilmu;

"Din…Ayah ni tak ada apa-apa nak wasiat kat hangpa, apa yang ayah ada, Cuma dapat bagi hangpa belajaq saja..hok tu ja yang ayah mampu.."

Sudah tentu seorang pelajar perlu menghadiri kuliah bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Dan amanah keilmuan itu menggesa para penuntut ilmu untuk menghadiri setiap majlis ilmu yang dijadualkan.

Motivasi dari Rasulullah SAW

Daripada Ibnu Abbas RHM berkata : "Rasulullah SAW telah ditanya ; Wahai Rasulullah, majlis yang bagaimanakah yang terbaik bagi kami? Rasulullah bersabda ; majlis yang dihadiri oleh orang yang kamu akan mengingati Allah apabila melihatnya, bertambah ilmu kamu setelah mendengar kata-katanya dan apabila kamu melihat amal perbuatannya, kamu akan mengingati akhirat" [Hadis 160 – Kitab Tarhib wa Targhib]

Hadis ini menunjukkan betapa menghadiri majlis ilmu itu sebuah amalan yang terbaik! Bahkan, didalam hadis yang lain menyebutkan bahawa perjalanan menuntut ilmu itu, adalah perjalanan ke kebun-kebun syurga.. subhanallah…, hebat bukan kelebihan menghadiri majlis ilmu?

Al-Aulawiyat

Kadangkala, ramai juga diantara penuntut ilmu tegar tidak dapat memahami dengan baik permasalahan yang berlaku disebalik kehadiran ke kuliah,

Soalan : adakah kehadiran kuliah itu wajib walaupun tidak diwajibkan diatas kertas hitam dan putih?

Jawapan : Ya! Sudah semestinya!

Soalan : adakah kuliah mesti dihadiri tanpa ada kecuali sekali pun?

Jawapan : Tidak, kerana jika berlaku sebarang masalah lain yang lebih perlu diutamakan, maka didahulukan perkara lain. Seperti sakit, program dan mesyuarat penting, urusan imegresen, kemalangan dan sebagainya.

Tuntasnya , sebagai penuntut ilmu, kita seharusnya sedar tanggungjawab dan amanah yang digalas dibahu tegap kita ini, semoga dengan kita menjalankan amanah ke kuliah dan menuntut ilmu, kita akan sentiasa diberkati Allah SWT dan Islam dapat dibangkitkan semula dengan usaha dan jejak langkah pertama dari kita.

Ibnu Taimiah pernah berkata ; "Tuntutlah apa sahaja jenis ilmu, kerana engkau tidak tahu bilakah ilmu itu akan digunakan.."

Oleh: Syihabudin Ahmad,
Biah Solehah Dumyat
Kelolaan: NurTaqwa

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal