10 May 2010

Ahli PMRAM Dipandang Tinggi Di Malaysia

Ingat PMRAM tak laku ke? Meh sini, ana nak buktikan. Satu artikel yang saya copy dari blog Us Syafik (link) tentang pengakuan terlibat dalam PMRAM, menjadi markah bonus untuk membolehkan seseorang itu bekerja dengan Syarikat PTS. Amacam? Baru satu contoh..

TAHNIAH kepada teman-teman dari Universiti Al-Azhar yang menghadiri temuduga di PTS Publications di Batu Caves pada hari ini. Jawatan yang masih lagi perlu diisi adalah editor bahagian agama.

Saya difahamkan bahawa calon yang mengenali PMRAM berpotensi berada di PTS. Realiti yang berlaku, di mana-mana sektor awam, apabila penemuduga bertanya, "Awak ada terlibat dengan PMRAM semasa di Mesir?" semestinya apabila calon mengatakan YA, peluang untuk ditempatkan bekerja amat tipis malah mungkin disingkirkan begitu sahaja.

Namun, tidak seperti yang berlaku di PTS. Awal-awal lagi saya sudah memaklumkan kepada calon-calon bahawa, perlu menyatakan bahawa mereka semua terlibat dengan PMRAM malah sijil-sijil PMRAM perlu diberikan kepada pihak yang menemuduga mereka.

Barangkali ini adalah USP (Unique Selling Point) untuk bekerja dengan PTS. PTS hanya menerima mereka yang faham apa itu jemaah Islam yang sebenar daripada berpekik-pekik mengatakan 'kami sokong UMNO'.

Cuma ingin saya ingatkan, jangan sangka orang tak mahu PMRAM, tapi ramai yang ingin melihat wajah-wajah pimpinan PMRAM terlibat secara langsung dalam dunia Malaysia. Apa nak hairan, pada 23 April lalu, Ustaz Meeftah Anuar, Mantan BP PMRAM telah dijemput untuk menjadi panel MHI. Juga berita ini saya copy dari blog Us Syafik (link)




PAGI INI, Ustaz Meeftah Anuar, mantan Badan Pengurus PMRAM ke udara di rancangan Malaysia Hari Ini. Tahniah, tahniah, tahniah.

Namun, dari satu sisi yang berbeza saya berpandangan pastinya akan kedapatan tempelak besar daripada golongan taasub yang berpandangan bahawa apabila terlibat dengan rancangan di TV3, maka mereka adalah golongan yang berfahaman kerajaan dan UMNO.

Aduhai, saya cukup sedih apabila masih terdapat dan wujud sesetengah pemikiran bahawa apabila kita mengisi program kerajaan dan UMNO, kita digolongkan di dalam UMNO.

Jikalau saya berteman dengan seseorang yang dilabel Syiah seperti Faisal Tehrani, maka saya adalah Syiah. Jika saya mempengerusikan majlis Dr Mohd Asri yang dilabel Wahabi, maka saya adalah wahabi.

Saudara sidang pembaca,

Pemikiran jumud ini akan mematikan kecerdasan pemikiran dan pemahaman yang sebenar terhadap dunia ilmu.

Islam menggalakkan kita berhujah berdasarkan fakta bukan hanya sekadar emosi.

Wahai ahli PMRAM, tingkatkan nilai diri anda. Walaupun anda tidak dipandang oleh segelintir manusia, tetapi kebanyakan manusia sedang memandang anda.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal