Alhamdulillah, sepertimana yang tertera pada iklan di ruangan blog PMRAM Cawangan Syubra, mereka telah melakukan Solat Hajat Perdana di Dewan Ibnu Jazari, DPM Syubra. Khusus untuk memohon kepada Allah, supaya menyelesaikan masalah kenaikan nama.
Beberapa permasalah berhubung kenaikan nama semakin meruncing. Saya belum pasti, adakah mereka benar-benar dibenarkan menduduki peperiksaan selepas ini? Bayangkan, sekiranya anda berada di tempat mereka.
Walaupun saya bukanlah mahasiswa qiraat, namun saya merasa sedih kerana generasi al Quran ini tidak terbela, bahkan disusahkan dengan pelbagai kerenah. Mereka bukanlah datang untuk melayan kerenah pegawai yang pelbagai. Mereka datang ke sini untuk bersama Syeikh-syeikh al Azhar.
Apakah wajar JPMK menyifatkannya sebagai dugaan dan ujian semata-mata? Sedangkan merekalah yang menjadi punca kegagalan mahasiswi kita tidak dibenarkan menduduki peperiksaan? Sampai bila semua ini harus terjadi?
Khairi mengatakan bahawa fail mahasiswa qiraat sudah berada di idaratul wafidin.. benarkah?
Untuk makluman, fail pelajar masih lagi di Idaratul Wafidin al-Azhar, hanya menunggu tandatangan dan persetujuan Syeikh al-Azhar. (link)
Kita hanya ternanti-nanti jawapan yang sebenar dan Allah itu Maha Mengetahui. Sudah 2 sesi, masalah yang sama berulang. Kenapa? Kenapa mesti mereka dianaktirikan? Semoga usaha untuk menghapuskan DPM ini digagalkan oleh Allah!
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment