03 May 2010

Kisah Tandatangan Membantah Tuduhan Pelajar Johor Berpolitik


sumber : Kalami (link)

Hish.. Apa Politik-politik ni?

"Assalamualaikum kawan-kawan, ni siapa nak tandatangan untuk menyokong bantahan tuduhan 90% pelajar Johor di Mesir menyokong pembangkang!" jelas Nadim buat rakan-rakan lepas main futsal.

"Hish! Apa ni politk-politik! Aku tak masuk campur!" respon Mikail kepada umum dan Nadim khususnya.

"Ish, tak matang lagi budak ni" hati aku mencelah.

"Ini bukan isu politik semata, ini isu kebajikan kita di sini! Juga tanda simpati kita kepada Pegawai Kebajikan kita di sini!" jelas Nadim.

"Hmm, kalau aku tandatangan ni bagaimana pula dengan zakat? Ish takutlah aku!" jelas Pagok kepada Nadim.

"hai.. macamanalah mahasiswa sekarang ye. Masih lagi menjaga maslahah diri sendiri dari maslahah umum. Masih tak tahu membezakan isu-isu kepentingan umat dengan kepentingan diri" hati aku berbicara lagi.

Aku hanya memerhati sahaja sambil tangan ini menandatangani kertas A4 tanda sokongan terhadap bantahan itu. Usaha mulia yang dimulakan Nadim ternyata mendapat perhatian Pegawai.

"Tak usahlah, biar saya tangani seorang masalah ini. Awak tumpukan kepada peperiksaan yang bakal menjelma ni. Hafaz banyak-banyak!. Tuduhan itu pun bukannya ada hitam putih! kontrak saya pun dah nak tamat" jelas pegawai kebajikan tersebut kepada Nadim di corong telefon bimbit.

"Masalah ini bukan masalah dia seorang. Ini masalah bersama dan perlu ditangani bersama!" jelas aku kepada Nadim.

Apa kena mengena tandatangan dengan imtihan (peperiksaan)? Imtihan tetap imtihan, kerja kita tetap dijalankan! Ini isu mahasiswa! Ini isu bersama!

"Eh, aku APCO, aku ISMUN, boleh ke aku tandatangan ni?" tanya Demak kepada aku.

"Lagi bagus! kenapa tidak? Kita amalkan demokrasi. Demokrasi tidak menyekat pandangan orang lain!" jelas aku lagi.

Inilah sebahagian minda dari mahasiswa al azhar yang aku jumpa dan kenal. Fikrah mereka masih lagi terbelenggu dengan penyakit-penyakit lama yang aku sangka sudah sembuh sejak gelombang kebangkitan Islam dahulu.

Bayangkan mereka yang tidak mahu mencampuri urusan politik, tetapi gemar pula mencampuri urusan-urusan lain. Main bola mahu! Nasyid mahu! Makan mahu! Tapi bila politik itu NO!

Tahukah kamu, tersengih tersenyum lebar mereka yang mendoktrin kamu dengan fikrah begini! Senang kerja mereka nak menjahanamkan mahasiswa al azhar!

Tahukah kamu! Dalam masa kamu tidak mahu masuk campur urusan politik yang kamu dakwa ini! Dalam masa yang sama orang-orang politik setiap hari masuk campur dan menangani masalah kamu!

Merekalah yang memerintah negara. Merekalah yang membuat segala polisi, akta dan menggubal undang-undang! Merekalah yang membentuk suasana sosial dan pemikiran. Merekalah yang mengurus ekonomi dan meletakkan berapa ringgit sebulan di kocek bapa kamu! Semua ini merekalah!!! Bukan aku! Bukan Syeikh Al Azhar! Bukan Ammu Ambuba! (pakcik jual gas).

Teringat kata-kata Saidina Uthman bin Affan R.A "jika apa-apa yang tidak dapat diselesaikan dengan Al Quran dan Sunnah, maka ia akan diselesaikan dengan siasah!"

Siasah itu sendiri ialah:

"إقامة الدين وسياسة الدنيا به"

"Menegakkan agama dan menguruskan dunia ini denganya (agama)"

Tetapi kamu dengan senang hati meletakkan fikrah tidak mahu mencampuri urusan ini! Tunggulah nanti bala Allah!

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal