03 May 2010

Hero Poyo Konon Nak Bantu Masalah Kenaikan Nama Siswi


Hehe... nak tergelak pun ada. Wujudnya beberapa individu asing yang cuba tunjuk hero dalam mengatasi masalah kenaikan nama Qiraat. Saya tertarik kerana ia diceritakan oleh mahasiswa qiraat sendiri, Zul Ikhwan, di dalam blognya (link). Boleh baca di bawah nanti.

Hero-hero ini, tidak melalui DPM Syoubra, terus menghubungi mas'ul rahsia mereka di kalangan akhawat di Mansurah. Kemudian cuba membuat urusan sendiri, secara senyap-senyap. Nama-nama yang mereka uruskan ialah "orang-orang tertentu sahaja".

Apabila membaca artikel ini, saya sudah menjangkakan ia akan berlaku. Memang akan wujud mereka yang cuba ingin memenangi isu ini, konon depa itu yang lebih hebat dalam membuat urusan pelajar. Hampeh. Sengaja ingin menambahkan bilangan ahli baru dengan bantuan-bantuan yang ditawarkan.

Entahlah, saya tidak tuduh sesiapa. Cuma rasa macam kenal saja siapakah mereka ini. Cuba lihat beberapa ayat yang diboldkan di bawah ini, yang dipetik dari blog zulikhwan. Kemudian, pastikan anda jangan tergelak kerana mengenali mereka ini..

Rupa-rupanya ada juga pihak yang prihatin dengan kes yang menimpa mahasiswa/wi Qiraat, Shoubra dan Mansurah Kerana ada yang menawarkan diri untuk membantu agar disegerakan kenaikan nama. Alhamdulillah, pertolongan yang dihulur cuba disambut baik dan mencuba untuk bersangka baik sehabis mungkin. Saling bertolong bantu adalah amalan terpuji.

Kita kenal siapa hero tersebut. Persoalan yang timbul, jika benar-benar mahu menolong dalam menyelasaikan masalah kenaikan nama yang kian kronik ini, mengapa tidak terus berhubung dengan Ust Saifullah Nik Abdullah yang dilantik di pihak pelajar bagi menguruskan kenaikan nama para pelajar Qiraat? Sebaliknya berhubung dengan dengan salah seorang mahasiswi Qiraat di Mansurah. Hairan, di Mansurah juga ada wakil di kalangan mahasiswi Qiraat yang menguruskan hal ini, mengapa beliau tidak dihubungi?

Semakin hairan dibuatnya apabila 'mereka' yang dikatakan mahu membantu supaya kenaikan nama mahasiswi disegerakan dan urusan mendapatkan visa bagi mahasiswi. Bagaimana dengan nama-nama mahasiswa? Bagaimana dengan visa mahasiswa? Kami juga mahu kenaikan nama disegerakan. Kami juga mahukan visa pelajar. Mungkin ada agenda tersirat disebalik 'bantuan' yang dihulurkan. Dalam kata lain, ada udang di sebalik mee. Mungkin mereka sedang berusaha mencari dan menambah bilangan ahli baru.

Kata-kata yang paling 'best' dilontarkan adalah "kalau tidak kerana kami yang turun naik, ke sana ke sini, nama mahasiswa Qiraat tahun lepas juga tidak akan muqayyad". Indah sungguh bahasa mereka, membuatkan kita panas telinga. Sedarlah diri itu siapa. Tak reti nak berterima kasih dengan pihak DPM langsung.

Kalau rasa nak jadi hero sangat, sila tampilkan diri anda untuk sama-sama membantu dalam menyelesaikan masalah ini bukan hanya berlagak sebagai hero di depan mahasiswi sahaja Tak pasal-pasal kena sudah kena tengking. Kami kenal siapa kalian, mahasiswa Qiraat juga. Punya terbiyyah 'power' sangatlah kononnya. Terhegeh-hegeh nak tolong mahasiswi tetapi mahasiswa diketepikan. Prosedur pun tak tahu yang mana hujung yang mana pangkal. Perlu kalian tahu, urusan mahasiswa/wi Qiraat dilakukan secara bersama. Jika nama mahasiswa tidak muqayyad, nama mahasiswi juga tidak muqayyad. Begitulah sebaliknya.

Agak-agak kenal tak siapa mereka? Tidak perlu untuk saya jawab. Persoalan ini anda sendiri tahu. Cuma, kalau didedahkan, nanti kata kita fitnah pulak.. Ok lah.. Semoga niat hangpa ikhlas, dan gunakan cara yang betul.. Boring-boring.. Kes macam ni pun ada.. Buang karan

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal