Hasil hadiah tanah yang seluas 2,212 meter persegi di Abbasiah dengan sah menjadi milik PMM melalui majlis penyerahan geran pada tahun 1959 yang dihadiri oleh Yang Di Pertua Persekutuan Melayu Mesir ketika itu, Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad (mantan Menteri Besar Terengganu).
Setelah beberapa kali hujah dikemukakan di dalam media, sehingga ke hari ini, En Zul mengambil pendekatan bisu. Ia disebabkan dua perkara :
a. Tak tahu hujah untuk menafikan hak PMRAM terhadap Anjung ARMA
b. Sengaja tidak mahu dibantai seperti Khairi
Ya, jelas menunjukkan En Zul memang sudah kalah fakta. Ketika berucap di pentas ARMA pada 22 April lalu, begitu bongkak mengatakan bahawa "PMRAM diharamkan memasuki ARMA".. Begitu laju membuat pengharaman terhadap sesuatu sedangkan beliau belum sampai satu tahun berada di bumi Mesir!
Wahai En Zul, PMRAM sudah lebih 80 tahun. En Zul belum lahir lagi PMRAM sudah wujud. JPMK yang baru wujud pada 1980 begitu muda untuk dibandingkan dengan PMRAM. En Zul pula tiba di bumi Mesir ini akhir tahun lepas, dan PMRAM telah dihalau dari ARMA semenjak 1993 lagi.
Persoalan sekarang, kenapakah anda begitu mudah untuk menghukumkan HARAM bagi PMRAM untuk memasuki ARMA sedangkan tangan-tangan anda begitu mudah menukarkan undang-undang ARMA?
Semua mahasiswa boleh melihat dengan jelas, betapa jelasnya hak PMRAM dinafikan dari ARMA. En Zul sering bertanya tentang hak ini, "Sila buktikan hitam putih sekiranya ada.." Eh, kalau kami tidak memiliki hitam putih, masakan pula kami boleh mendakwa itu hak kami?
Sehingga kini, PMRAM masih terus dinafikan. Paling sedih apabila mereka sengaja mendiamkan perkara ini bertahun-tahun lamanya, kerana sengaja tidak mahu menimbulkan kembali sensitiviti ahli terhadap ARMA.
Ada yang mengatakan "Isu ni dah lapuk ustaz...", .. Inilah kalam yang terhasil daripada hasil tangan JPMK yang cuba mendiamkan perkara ini bertahun-tahun. Sehingga kini, PMRAM pula yang diharamkan memasuki ARMA.
Wahai En Zul, mana bukti anda untuk menafikan Anjung ARMA itu milik PMRAM? Kalau takda bukti, takyah sembang.. Ngaku je diri tu salah. Baru jejak kaki di bumi Mesir nak tunjuk jaguh. Beberapa fakta yang jelas tentang hak PMRAM terhadap Anjung ARMA di sini dan di sini
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment