Pada 15 April lalu, pada jam 10 pagi - 11 pagi, bertempat di bilik Khairi,
Dua orang pelajar (dirahsiakan nama) dari negeri (dirahsiakan juga) berjumpa dengan Khairi untuk mendapatkan tandatangan untuk urusan Borang Zakat. Antara soalan yang beliau ajukan ialah tentang kewujudan Kelab UMNO di Zagazig. Lalu, apabila menyedari dua orang pelajar ini seolah-olah tidak mengetahui apa-apa, beliau pun cuba mengelakkan bertanya lebih...
Apa cerita Khairi? Tengah berurusan pun nak berpolitik jugak ke? Kalau hang nak berpolitik, janganlah sampai time kerja pun dok sibuk-sibuk pasal politik. Cari la waktu yang sesuai. Di manakah keprofessionalan beliau? Bekerja sambil berpolitik?
Memang semangat apabila pihak JPMK berkata "Mana boleh pelajar belajar sambil berpolitik.." Kemudian mereka kata lagi "Belajar rajin-rajin.. jangan sibuk-sibuk nak berpersatuan.." dan macam-macam lagi.
Aih.. sama je. Khairi datang sini atas tiket apa? Kalau beliau seorang akademik, tidak mungkin beliau akan sebegini rupa. Ni apa cerita? Semoga anda lebih professional. Kalau nak berpolitik, cari la waktu dan tempat yang sesuai.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment