Malam tadi, sesudah majlis Dialog bersama Yang Dipertua KPIPM, saya rasa terharu apabila seorang warga Singapore yang dikenali di kalangan ahli Perak, berkata kepada saya,
Ustaz,.. ustaz jangan risau. Tak yah layan komen-komen dalam blog ustaz.. Ustaz kena teruskan..
Erm.. terima kasih saya ucapkan atas dorongan dan sokongan ini. Kenapa saya tulis tentang memori ini? Kerana sebelum ini ada seorang warga Singapore juga yang menghentam saya disebabkan penulisan saya. Alhamdulillah, cerita ini sudah di"ending"kan demi menjaga nama baik semua.
Cuma, suka untuk saya nukilkan di sini bahawa, kalau ada seorang yang ingin mengancam, mengugut, memerli, menyindir, atau sebagainya kepada kita, jangan bimbang, masih ramai lagi yang menyokong kita.
Kalau ada seorang warga negara lain menghentam saya, alhamdulillah, beberapa rakan saya dari Brunei, Indonesia datang memberi sokongan itu. Dan tidak ketinggalan, rakan dari Singapore pun akan turut sama, sepertimana yang berlaku semalam.
Itulah bagusnya berkawan dengan ramai orang. Di dalam kuliah Usuluddin, Akidah Falsafah, ramai rakan-rakan dari Indonesia. Mereka lebih memahami, dan lebih akrab. Terima kasih atas sokongan ini. WaLlahua'lam.
Bersama dengan Syeikh Said Ibrahim al Ba'bulah di Masjid Dardir
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment