Bacalah Wahai Pembaca!!
sumber : SyababalQahirie (link)
Sesungguhnya mana mungkin satu perkara akan terjadi tanpa datang siapa pencetusnya, oleh kerana hal yang sedemikian sayugianya manusia seharusnya memikirkan setiap perkara dan tindakan agar ianya tidak menconteng arang ke muka sendiri .
Ada beberapa perkara yang berlaku akhir-akhir ini telah menarik minat Hamba untuk bersuara sedikit dan harapannya agar makhluk yang bergelar manusia dapat membuka mata dan menilai sebaiknya akan kebarangkalian yang akan berlaku samada impak yang baik ataupun sebaliknya. Oleh kerana blog ini adalah milik peribadi jadi dengan rasminya Hamba bebas untuk berbicara tentang apa sahaja yang dirasakan perlu. Pendekatan yang Hamba ambil ini jauh berbeza daripada sesetangah kelompok yang gemar mencanang beberapa sentimen dalam laman-laman sosial seperti Facebook dan sebagainya.
Sejujurnya kalam yang tersusun ini tidak sedikitpun dipengaruhi oleh nafsu amarah dan hasad dengki tetapi ianya sebagai satu penjelasan kepada beberapa pihak yang cuba menggadaikan prinsip dan maruah semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Untuk berbicara mengenai pegawai JPMK rasanya sudah ramai yang ketahui ,jadi Hamba ingin sekadar mendedahkan beberapa rentetan dan peristiwa yang mungkin ramai lagi yang masih tidak mengetahuinya.
Pada 13 Mei 2010 yang lalu, Badan Kebajikan Anak Negeri Perak telah mengadakan satu program yang dikenali dengan Majlis Dialog Bersama Yang Dipertua KPIPM dan En Abdul Muhaimin bin Abdul Majid. Mengenai majlis ini, yang paling dikesali adalah penarikkan diri En.Muhaimin untuk bersama-sama menjayakan program tersebut atas alasan mempunyai komitmen yang lebih penting lagi. Soal penarikkan diri ini bagi sesetangah pihak nampak seperti remeh namun begi sesetengah pihak ianya begitu menimbulkan pelbagai persoalan yang tempiasnya beliau sendiri akan hadapi. Walau bagaimanapun majlis tetap diteruskan oleh kerana komitmen daripada anak-anak Perak yang berada luar dari Kaherah juga begitu memberansangkan sehingga sanggup mengahdirkan diri semata-mata untuk lebih mengenali siapakah bakal PEGAWAI yang akan menjaga kebajikan anak Perak di Mesir nanti.
Soalan dan cadangan hampir mencecah puluhan telah disuarakan oleh anak-anak Perak dalam majlis tersebut, dan yang paling dikesali apabila ada yang mengatakan hampa dan sedih kerana tidak dapat bersua muka dengan En.Muhaimin.
Beberapa perkara yang dulu menjadi tanda tanya kini sudah terjawab dengan penjelasan Yang Dipertua. Hamba agak terkesima ketika diterangkan mengenai status En.Muhaimin yang dikatakan sebagai Pegawai HEP apabila wujudnya beberapa kekeliruan, biarpun kami ini masih belajar dan bergelar mahasiswa namun kami tidak buta dalam dunia pengurusan. Sehinggakan surat yang dihantar kepada pihak persatuan pelajar tanpa ditandatangan oleh pihak-pihak tertentu, bukan itu sahaja no rujukan surat juga sama sedangkan ada dua surat yang telah dikeluarkan salah satu diberikan kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir dan satu lagi untuk Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir.
Janganlah ingat mahasiswa/wi dibumi Anbiya’ ini terlalu jahil untuk menilai betapa pentingnya etika dan protokol dalam berurusan dengan pihak kerajaan dan sebagainya. Satu lagi yang agak melucukan adalah mengikut kata delegasi yang datang dalam Majlis Ramah Mesra perlantikkan En.Muhamin adalah melalui Menteri Besar Perak dan sokongan oleh Jabatan Agama Islam Perak, sedangkan surat yang dibawa bersama adalah surat sokongan dan bukan surat perlantikkan daripada MB Perak sendiri. Niat dihati Hamba ini ingin sekali berbaik sangka namun apa daya terlalu banyak sangat unsur-unsur yang mendorong naluri Hamba ini untuk berburuk sangka. Jadi terpaksalah Hamba berbuat demikian,harap jangan ambil, tapi kalau nak terasa juga apa boleh buat bak kata Nabil “Lu Pikirlah Sendiri ”. Ini bukanlah bukti yang mahasiswa ingin menentang pemerintah tapi sebaliknya bukti bahawa mahasiswa tidak mudah untuk diperkotak-katikkan dengan mudah sekali.
Oleh kerana itu, Hamba ingin mengajak semua makhluk yang bergelar manusia, dengan anugerah akal dan fikiran agar cuba memahami akan hakikat sebenarnya mengapa kita dihantar ke muka bumi ini. Jangan mudah sangat lupa dek kerana ingin mengikut kemahuan dan kehendak sendiri sedangkan hidup manusia ini punya panduan dan matlamat yang cukup jelas.
Satu lagi pendedahan yang ingin Hamba bongkarkan, ketika mana program malam itu berlangsung entah darimana wujudnya manusia ini, menghamburkan kata-kata kasar didalam salah satu laman sosial. Nak dihukumkan kanak-kanak nampak gayanya sudah cukup umur tetapi pelakuannya tidak langsung setara dengan kematangan, saluran yang sudah tersedia ada tidak mahu gunakan. Kalau beginilah sifatnya mampukah Islam itu akan dipertahankan jika umat Islam sendiri yang berpecah-belah, tidak salah untuk suarakan pendapat tapi biar kena dengan saluran dan tempatnya. Malam itu juga, salah seorang sahabat Hamba telah diarahkan masuk ke bilik En.Muhaimin atas arahan dirinya sendiri (dengan lagak samseng). Belum jadi pegawai sudah mula tunjuk belang macam mana orang nak hormat? Cuba fikir dengan waras, wajarkah tindakkan yang macam tu?, menurut beberapa maklumat yang Hamba dapat, sahabat Hamba yang dipanggil ini telah ditanya beberapa soalan yang daripada segi logiknya boleh memberi tekanan apatah lagi dalam fatrah peperiksaan. Apa semua nie? Jangan salahkan orang jika En.Muhaimin tidak dihormati sebab awak sendiri yang telah memburukkan diri awak sendiri.
Tidak cukup dengan itu, ada pula salah seorang penghuni Wisma Darul Ridzuan dipukul atas sebab membuka aibnya, Masya Allah ini ke cara mahasiswa agama selesaikan masalah, yang peliknya manusia tersebut tidak pula rasa bersalah yang selama ini dia mencanangkan aib-aib pimpinan di khalayak ramai tapi bila aibnya dibuka tahu pula melenting. Ingat Saudara!! Jangan ingat awak punya marah je, orang lain pun ada marah juga bak kata Badang “Elok Make Kot Mulut Nati Make Kot Wayar Pulok”.
Manusia bukan setakat pukul orang sekarang dah pandai pula nak ugut ini ayat ugutannya dalam status YM...
“Sekarang Kita Tunggu Dan Lihat Siapa Akan Dihantar Pulang Ke Malaysia Tanpa Notis, Siapa Yang Bersuara Dalam Majlis Tadi, Tahulah Nasibnya Nanti. KPIPM Sedang Menyalakan Api Untuk Membakar Rumahnya Sendiri”.
Hamba rasa perlu betulkan sedikit bukan KPIPM tetapi dirinya sendiri.
0 comments:
Post a Comment