Terbaca pada ayat terakhir Abe Zuh yang saya siarkan sebelum ini (link), .. beliau berkata ..
p/s : kalau borang aduan hak mahasiswa yang diedarkan oleh kebajikan PMRAM pun takut nak diisi jangan bicara tentang perjuangan...
Erm.. kesal. Masih ada mahasiswa yang pengecut untuk bertindak. Bukan sahaja bertindak, bahkan pengecut untuk mengadu. Perghh.. teruk betul. Nak ngadu masalah pun tak berani. Kesal!
Mahasiswa bersikap "takut" untuk mengembalikan hak mereka sendiri. Bahkan takut untuk bersuara mempertahankan hak sendiri. Inikah mahasiswa? Lemah dan tak bermaya? Beginikah mahasiswa yang mendakwa sebagai mahasiswa al Azhar?
Wahai mahasiswa,
Kalaulah anda pengecut untuk mempertahankan hak sendiri, bagaimanakah anda boleh berkata sepatah untuk memperjuangkan hak Islam? Hak sendiri pun tak berani, apatah lagi memperjuangkan Islam yang lebih hebat ujiannya!
Kalau anda pengecut, lantaklah.. Lebih ramai lagi yang akan terus bersuara dan berjuang mendapatkan hak mereka. Teruskanlah dengan bantal dan tilam anda kalau anda tak sanggup bersama perjuangan ini.
Sila klik di sini untuk dapatkan Borang Aduan Hak Mahasiswa.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
1 comments:
tegas..
Post a Comment