01 May 2010

Ahli Kelantan Menjadi Bahan Sindiran Pegawai JPMK


Ketibaan pegawai JPMK yang bernama Zul pada akhir tahun lepas menyaksikan prestasinya yang cukup buruk. Baru datang, sudah pandai mengutuk itu dan ini. Malang sekali. Ditambah pula dengan ketibaannya kawan seangkatan dengannya yang bernama Khairi baru-baru ini

Ia disaksikan dengan aduan secara lembut oleh Yang Dipertua Kelantan di dalam kalamnya yang dikeluarkan pada 10 Januari 2010. Sila baca suara hati beliau, semoga perubahan perlu dibuat oleh pegawai JPMK, awal tahun 2010 lagi.

Disangka mereka akan berubah sempena awal tahun, tetapi malangnya semakin parah, sehinggalah mahasiswa bangun mendapatkan hak mereka yang ternafi selama ini. Inilah kalam beliau pada awal tahun 2010 tersebut. (link)

Anak-Anak Kelantan Mesir dan serangan pegawai baru JPMK

Saya telah dimaklumkan secara lisan oleh sejumlah besar anak-anak Kelantan yang telah membuat urusan di JPMK bahawa sebahagian daripada mereka telah diserang mulut oleh salah seorang pegawai baru ketika urusan.

Antara serangan termasuk memalukan anak-anak Kelantan dengan kenyataan pihak JPMK melakukan urusan tandatangan surat, terjemahan akuan universiti, pengesahan salinan asal hanyalah bersifat ‘ehsan’ ekoran daripada isu pendaftaran persatuan.

Saya percaya serangan tersebut berniat untuk menyerang persatuan. Walaubagaimana pun saya ingin tegaskan bahawa soal persatuan, ia adalah antara persatuan dan pihak kerajaan negeri. Justeru urusan setiap individu pelajar yang memegang pasport Malaysia adalah dibawah tanggungjawab pihak kedutaan dan sudah tentunya ia juga menjadi tugas pihak JPMK.

Sehubungan dengan itu, adalah salah dan melanggar etika kerja menafikan hak anak-anak Kelantan sedangkan Kelantan juga adalah sebahagian daripada Malaysia. Pernah saya katakan bahawa dalam banyak kes yang melibatkan urusan pelajar, saya mohon untuk tidak dipolitikkan. Jangan nafikan hak pelajar Kelantan kerana kami juga adalah warganegara Malaysia.

Saya mohon pada pegawai baru tersebut untuk berhenti daripada menyerang dan mewakili anak-anak Kelantan, saya mohon agar kami tidak dianak-tirikan. Saya percaya semua anak-anak Kelantan di sini tidak mahukan layanan ehsan tetapi kami mahukan ‘royalti’. Maaf, saya hanya suarakan hak.

Pada April lalu, dengan bangganya, Zul ini telah menegaskan bahawa "PMRAM dan KPKM diharamkan dari memasuki ARMA". Bahkan ahli Kelantan sering diperli-perli ketika mendapatkan cop dari beliau. Kesal!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal