02 May 2010

Borang Aduan Hak Mahasiswa - PMRAM


ISMA? JPMK? Nadi UMNO? Menanti kehadiran mereka dalam membela hak mahasiswa semakin dianggap retorik, yang mungkin payah diterima. Masing-masing mendakwa menyediakan kebajikan untuk ahli, tapi malangnya.. Sekadar tertulis di web rasmi masing-masing.

Maka, di dalam menghadapi permasalahan ini, PMRAM menyediakan borang aduan hak mahasiswa yang dibuka kepada umum. Nak tunggu borang ini dikeluarkan oleh JPMK? Macam lawak je..

Ustaz Mohd Farkhan bin Mohd Zain, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan memberitahu..

Bagi meneruskan kesinambungan pelaksanaan Usul Muktamar Sanawi PMRAM, pihak Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan hari ini telah melancarkan `Borang Aduan Hak Mahasiswa’ bagi memberi ruang kepada seluruh mahsiswa/wi untuk mengaju sebarang aduan berkaitan hak mereka.

Borang tersebut boleh digunapakai untuk sebarang aduan mengenai pencabulan hak mahasiswa terhadap pihak yang terlibat. Borang tersebut bolehlah didapati melalui Unit Kebajikan PMRAM Cawangan masing-masing untuk diisi. Untuk teknikal pula, borang tersebut akan dicop rasmi apabila pihak PMRAM Pusat menerima aduan tersebut. PMRAM berharap semua ahli berani tampil untuk mengambil kesempatan ini mengajukan sebarang aduan pencabulan hak mahasiswa agar ianya terbela.

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal