11 May 2010

Hisbah : Rondaan Di Kawasan-kawasan Panas


Sebelum membaca berita di bawah ini, suka untuk saya menyenaraikan beberapa perkara penting.

1. Musim peperiksaan ini, ramai yang mengalami "kepeningan". Maka, dalam tempoh inilah paling tinggi bilangan kes hisbah berlaku. Jom kita benteras.

2. Kawasan-kawasan panas memang banyak, lebih-lebih lagi ketika musim panas.

3. Amaran kepada mereka yang suka sangat buat masalah, berhati-hatilah. Kalau anda tak terkantoi, pastinya akan dikantoikan oleh Allah di akhirat kelak.

4. Pastinya ada mulut-mulut yang tak suka dengan hisbah. Tapi jangan risau, Allah suka.

Ok.. sekarang kita baca berita ini pula, yang bertajuk

Rondaan Di Kawasan Panas Terus Dipergiat

KAHERAH, 8 Mei - Pengerak Hisbah Pusat dengan kerjasama hisbah dari setiap PMRAM Cawangan telah menjalankan rondaan rutin di sekitar Kaherah, dengan kekuatan seramai 30 orang telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa tempat yang telah digariskan sebagai tempat tumpuan pelajar-pelajar Malaysia melakukan perkara yang kurang bermoral.

Walaupun dalam tempoh hampir dengan imtihan , semua penggerak hisbah tidak pernah lupa dan leka untuk menjalankan tugas sebagai muhtasib yang telah dipertanggungjawabkan ke atas bahu masing-masing kerana seperti yang dimaklumkan ketika tempoh hampir dengan imtihan ini kelas di universiti sudah dihentikan dan segelintir pejar-pelajar mengambil peluang untuk keluar bersama teman wanita kononnya untuk melepaskan tekanan belajar.

Setelah sekian lama berlegar-legar meronda di setiap kawasan tersebut, tiada satu pun pasangan Malaysia yang dijumpai, cuma didapati beberapa orang pelajar Indonesia, Brunei dan Singapura yang berjalan-jalan membeli belah di situ, adapun begitu mereka turut di beri nasihat oleh AJK Hisbah yang terserempak dengan mereka, dan rondaan selesai setelah lewat malam.

Diingatkan kepada mahasiswa sekalian supaya tidak cuba atau bercita-cita untuk melalukan perkara yang dimurka Allah terutamanya berpasangan sebelum bernikah, dan juga pergaulan bebas. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah dan dijauhkan dari perkara-perkara yang buruk.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal