02 May 2010

ISMA Dinasihatkan Jangan Masuk Campur Politik Mesir


ISMA memang sukar menerima nasihat. Sudah diberitahu berulang kali, enta jangan dok gatal masuk campur urusan politik Mesir. Menyusahkan diri sendiri sahaja. Bahkan menyusahkan PMRAM sendiri.

Ini nasihat ikhlas saya, yang dipandang oleh mereka sebagai satu kecaman. Isy.. Kenapa sampai begitu sekali. Kita sama-sama Malaysia, ngaji di al Azhar. Saya pun terkesan apabila mendapat tahu Markas ISMA diserbu. Kemudian kena tangkap.

Tapi, apabila diberi nasihat, sukar untuk menerimanya. PMRAM sudah ditubuhkan sejak 1930, dan sekarang ini sudah berumur 80 tahun. ISMA ditubuhkan pada 2008, terlalu muda untuk mengenali erti semua ini. Baru berumur 2 tahun...

Apabila diberi nasihat, mereka mengatakannya sebagai "perbezaan masing-masing..." khilafiah dalam jemaah, dan sebagainya. Tapi kalau kena tangkap, takkan kita nak kata "padan muka"? Kita pun kesian apabila kawan sendiri disumbat dalam penjara berminggu-minggu..

Semoga nasihat ini didengari oleh mereka. Fikirlah sebaiknya. Kita punya hadaf utama untuk memperjuangkan Islam, dan mengelakkan perpecahan. Tapi, mereka masih lagi "membenarkan perpecahan", dan berdalilkan denan "perpecahan yang dibolehkan".. Entahlah..

Nasihat saya juga, tolonglah bersama dengan PMRAM.. Kalau tak nak bersama pun, sekali sekala dalam memperjuangkan hak mahasiswa, ISMA hanya membisu. Masalah hisbah pun mereka hanya tutup mulut. Kononnya dakwah berhikmah..

Kita sama-sama nak perjuangkan Islam kan?

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

6 comments:

Jackster® on May 2, 2010 at 8:40 PM said...

btul ke diorang berpolitik di mesir tu ust, mane sumber =)

Thaaqhib Mohammed on May 2, 2010 at 11:57 PM said...

Selamat maju jaya ust mujahid.

Saya masih menghulur tangan. Dan saya bukan di posisi tabayyun.

Ibnu Ir Fadzil on May 3, 2010 at 1:17 AM said...

Ya, terima kasih kepada anda menghulurkan tangan.. Tapi, kenapa ISMA tidak mahu hulurkan tangan?

Thaaqhib Mohammed on May 3, 2010 at 1:54 AM said...

Sebab ini blog peribadi. Jadi, biar blogger peribadi yang tolong hulurkan.

Fannan_Daie on May 3, 2010 at 5:58 PM said...

Isma klau dah kata jemaah Islam,terimalah nasihat dan kritikkan scara hati yg terbuka.klau ada silap,prbaiki.brsatu lah dgn pmram dlm misi mngkkn islam dsmping mnjga kbjikan mhsiswa mesir.

Hamba Yang Bersyukur on May 6, 2010 at 12:48 AM said...

terimalah huluran itu...

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal