08 May 2010

Isu Tanta Memang Khairi Memfitnah, Dan Ini Jawapannya

Cuba teka, di manakah Khairi berada di dalam gambar ini?


Persoalan semakin timbul apabila Khairi mengeluarkan laporan rasmi daripada Puan Salwa yang dikatakan sebagai saksi utama dalam kes ini. Laporan tersebut boleh dibaca di sini. Lalu, saya pun menulis artikel ini, untuk memberitahu bahawa kebenaran itu pasti benar, dan penipuan itu takkan boleh bertukar menjadi satu kebenaran.

Khairi, masalah yang utama ialah "Khairi memfitnah Zulhilmi dengan mengatakan bahawa Zulhilmi mengaku dirinya sebagai wakil kedutaan.." dan ia telah ditulis dengan bangganya oleh Khairi di dalam Facebooknya. Ini masalah utama.

Ya, Khairi telah melakukan percubaan untuk menyelamatkan dirinya dengan mengalih isu sebenar, dan menutup isu fitnahnya terhadap Zulhilmi. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Hang nak lompat mana wahai si tupai?

Jadi, saya menyeru kepada pembaca sekalian, jangan tertipu dengan putar belit ciptaan Khairi. Beliau sengaja hendak menyelamatkan dirinya dengan mengheret Puan Salwa di dalam isu ini. Kalau sebelum ini, beliau mengheret seorang akhawat, untuk menyelamatkan dirinya. Inikah perangai seorang Pegawai JPMK?

Ngakulah bersalah.. Kalau memang enta bekerja di sini untuk memutar belit, hentikanlah perbuatan tersebut. Anda memang takut untuk berhadapan dengan mahasiswa. Kenapa? Kalau anda betul, tidak perlu takut untuk menyatakannya.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

1 comments:

Nuraini Juwita on May 8, 2010 at 10:20 PM said...

Salam.
"Kalau sebelum ini, beliau mengheret seorang akhawat, untuk menyelamatkan dirinya"

Ni ape kes ni...ustaz,ustaz.Dah2 la tu...tak paham lagi??

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal