02 May 2010

Kes Hisbah : Sampai Bila Si Pencegah Maksiat Akan Dikutuk?


Malam tadi, sebelum bertolak ke Iskandariah, saya dipanggil untuk ke satu kawasan. Sebabnya? Ada 2 ikhwah dan 2 akhawat di "satu tempat" yang terbuka tetapi tersorok, pada jam 2 pagi.

Tak perlu ulas panjang. Cuma agak sedih apabila melihat air muka mereka. Setelah memberi nasihat serba sedikit, dan mengambil maklumat yang perlu, kami menyuruh mereka balik sahaja, sambil diekori oleh rakan saya yang lain.

Bukan nak buruk-burukkan sesiapa. Tapi, dalam pada kita sedang mengalami kepeningan pelbagai isu yang "hangat" masalah hisbah tetap berjalan. Sedih. Apabila kita cakap sikit, puluhan orang menuduh hisbah ni tak berhikmah. Pelik betul.

Apabila bertemu satu pasangan di sesebuah tempat, kami menasihati mereka. Bukan herdik pun. Siap bagi risalah dan ambil maklumat sedikit sebanyak, kemudian menyuruh mereka pulang. Malangnya cara selembut ini pun dikatakan tidak berhikmah.

Nak hikmah camna lagi? Pelik. Kadang-kadang ada yang melawan.. "Buat apa nak jaga tepi kain orang?".. Tapi, apabila kita melawan kembali, mereka dakwa kita pula yang tak berhikmah. Habis nak apa lagi? Nak tunggu orang berzina tepi jalan?

Sehingga bila amalan cegah maksiat ini perlu dianggap tidak berhikmah? Kenapa mereka tidak menunding jari kepada si pelaku maksiat? Akhir zaman! Ya, akhir zaman orang yang mencegah maksiat akan dikutuk macam-macam, dan si pelaku maksiat akan dibela!

Inilah akhir zaman.. Malangnya mereka yang menjadi salah satu "tanda-tanda akhir zaman" iaitu membela si pelaku maksiat, dan menentang si pencegah maksiat.

Di manakah suara ISMA dan Nadi UMNO untuk bersama dengan PMRAM mencegah maksiat? Apabila persoalan ini dilontarkan, ada yang mengatakan PMRAM itu syadid.. Apabila dirujuk kepada JPMK, .. sehingga sekarang masih membisu.

"Biarkan.. itu bukan urusan kita.." .. Entah siapa lah yang cakap sebegini. Cegah maksiat tidak dianggap sebagai satu kewajipan. Bahkan menyerahkan saja kepada orang lain.. "Buat apa sibuk-sibuk hal orang" inilah ungkapan yang biasa kami dengari.. Kesal!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

2 comments:

it's peng on May 3, 2010 at 12:35 AM said...

Buat kejela, banyak bising plak ko.
kutuk sane kutuk sini. Nak kene pukul?

hunterjb on May 3, 2010 at 7:29 AM said...

wah hebat sngat nak pukul2 orang.. kau tu ade buat keje ke.. tau dok bising jek..

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal