15 May 2010

Mu'adalah Dihapuskan Kerana Agamawan Tidak Diperlukan, Patut Ke?


sumber : lebah (link)

Soalan Tambahan Yang Berhormat Bachok Ust Nasharuddin Mat Isa kepada Timbalan Menteri Pelajaran telah membongkar sebab mengapa MOU antara Kerajaan Mesir dan kolej-kolej yang menghantar pelajar ke tahun tiga dibatalkan.

Banyak kolej yang terlibat langsung menghantar pelajarnya menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar selepas belajar di dalam negara dua atau tiga tahun. Kolej yang terlibat termasuklah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Kelantan.

Pelajar-pelajar ini akan melalui proses temuduga semula semasa tiba di Mesir untuk menentukan tahun mereka sepatutnya sambung berdasarkan keputusan yang mereka perolehi.

Timbalan Menteri Datuk Haji Idris Harun yang merupakan Ahli Parlimen Tangga Batu memberitahu parlimen dalam jawapannya kepada Ust Nasharuddin mengatakan permintaan pasaran terhadap graduan agama adalah minima.

(Atau dengan kata lain, golongan agawaman ni dah tak diperlukan sangat)

Sebab itu telah mendorong kerajaan menghadkan penghantaran pelajar ke al-Azhar. Keputusan tersebut jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan lebih mengutamakan pembangunan fizikal berbanding pembangunan insan yang bersepadu. Kerajaan masih belum belajar tetang msalah sosial dalam negara kita yang hanya boleh diselesaikan dengan agama.

Banyak persoalan yang timbul dalam persoalan pembatalan MOU ini. Adakah pembatalan al-Azhar dalam isu MOU ini adalah dengan campurtangan kerajaan Malaysia? Apakah nasib yang akan dihadapi oleh pelajar yang berada di kolej-kolej ini? Adakah pihak kerajaan akan membayar pampasan kepada ibubapa pelajar yang sudahpun mengeluarkan perbelanjaan yang begitu banyak dari poket sendiri untuk menanggung anak-anak mereka semasa belajar di kolej-kolej ini?

Apakah pelaburan kerajaan negeri sebelum ini dalam membina prasarana yang bernilai puluhan juta akan lebur begitu sahaja? Adakah ini satu lagi diskriminasi terhadap kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat yang mana kebanyakan kolej-kolej ini berada di negeri-negeri terbabit.

Jawapan kerajaan ini amatlah tidak bertanggungjawab dan penghinaan kepada graduan agama khususnya graduan al-Azhar yang cukup berjasa terhadap perkembangan Islam di Negara kita.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal