KAHERAH, 1 MEI - Bertempat di Rumah Kelantan Hayyu Sabik , Unit Hisbah pusat telah mengadakan perjumpaan dengan semua ketua Unit Hisbah semua peringkat bersama bahagian operasi masing-masing untuk memperkenalkan penggerak Unit Hisbah pusat yang baru dilantik dan memberi taklimat mengenai tatacara mengendalikan kes ,disamping itu di terangkan juga cara penyelarasan laporan yang perlu di pusatkan mengikut zon-zon yang telah di bahagikan.
Sambutan yang diterima agak memberangsangkan walaupun ada cawangan yang tidak menghantar wakil akan tetapi suasana perjumpaan agak rancak dengan dihadiri dua orang jemputan yang merupakan bekas penggerak hisbah pada sesi lepas iaitu Ustaz Nazrul b Abd Nasir dan Ustaz Nik Azran b Muhammad, banyak pengalaman yang dikongsi selama menerajui Unit Hisbah PMRAM sejak bertahun-tahun lamanya.
Turut dibentangkan statistik kes-kes berkaitan hisbah dari tahun 2008 hingga 2009 yang telah direkodkan yang mana menunjukkan peningkatan kes. oleh yang demikian pada tahun ini Unit Hisbah pusat sudah memulakan perancangan dengan lebih rapi bermula dengan Mesyuarat Unit Hisbah pusat yang telah diadakan di Markaz Hewi pada 24 April dan kali kedua pada 28 April yang lalu.
Pada tahun ini, bertepatan dengan usul Muktamar ke 77 baru-baru ini yang memandang gejala tidak sihat semakin berleluasa, jadi gerak kerja hisbah yang lebih bersepadu, tegas dan agresif akan di jalankan dengan kerjasama semua cawangan dan peringkat dalam memastikan bumi Mesir ini terpelihara daripada maksiat terutamanya oleh warga Malaysia yang berada di sini.Semoga kerja ini dibalas oleh Allah S.W.T di akhirat kelak dengan balasan yang paling setimpal .
0 comments:
Post a Comment