16 May 2010

Siswa Qiraat Turun Ke Idaratul Wafidin Pada 13 Mei

sumber : Ridzuan Adzemi (link)

(Bergambar dengan petugas di Idaratul Wafidin)


Alhamdulillah, rabu lepas (13/5/2010) kami jawatan kuasa Badan Bertindak bersama wakil DPM Shoubra, Ustaz Saifullah telah pergi sendiri ke Idaratul Wafidin untuk mengesahkan adakah benar fail Mahasiswa Qiraat telah berada di Idaratul Wafidin sebagaimana yang telah dikhabar anginkan. Hasilnya ialah, fail tersebut memang ada di Idaratul Wafidin. Syeikh yang sepatutnya menjaga tempat tersebut tiada, tetapi kami mengambil maklumat tersebut daripada petugas-petugasnya.

(Ahli Jawatankuasa Badan Bertindak bersama Ustaz Saifullah sedang berbincang dengan petugas Idaratul Wafidin)


Maklumat lain yang kami terima ialah mahasiswa-mahasiswa Qiraat sesi kemasukan 2009 akan menjalani peperiksaan Ulangan (dur thani) tanpa peperiksaan awal (dur awwal). Kebiasaannya mahasiswa-mahasiswa Qiraat akan menjalani peperiksaan awal dahulu dan akan mengambil dur thani jika dalam peperiksaan awal tersebut gagal 3 matapelajaran. Tetapi kami terus mengambil peperiksaan ulangan. Seolah-olah kami gagal sebelum menjawab peperiksaan awal. Mereka yang bertanggungjawab menguruskan perkara ini patut diberi balasan yang setimpal supaya perkara seperti ini tidak berulang kembali. Biarlah batch kami (2009) adalah batch yang pertama & terakhir merasai peperiksaan ulangan (dur thani) tanpa peperiksaan awal (dur awwal).



Mengikut mereka yang berpengalaman menguruskan perkara ini, sekiranya fail tersebut telah berada di Idaratul Wafidin, Insya Allah nama meraka akan Muqayyad dalam 1-2 minggu lagi. Yang menjadi masalah sebelum ini ialah fail tersebut tiada di Idaratul Wafidin bagaimana mungkin nama boleh berada di maahad? Mereka yang menguruskan perkara ini perlu mengikut prosedur sepeti yang tertera diatas. Sepatutnya urusan ini sudah selesai dala bulan Januari @ Februari. Kenapa setelah mahasiswa bersuara baru menghantar fail ke Idaratul Wafidin? Biarlah mereka menjawabnya sendiri.

Harapannya biarlah perkara yang terjadi pada batch kami ini tidak menimpa kepada sesi kemasukan akan datang. Terima kasih kepada Ustaz Saifullah kerana sudi meluangkan masa walaupun beliau sekarang dalam fatrah peperiksaan. Semoga Allah s.w.t. merahmati beliau.

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal