Erm.. biasa dengar tak istilah "ihtikar"? Istilah ini dalam Bahasa Arab. Manakala Bahasa Melayunya ialah "monopoli". Disiarkan di dalam Kosmo hari ini (16 April) tentang rampasan gula yang dimonopoli oleh satu syarikat. Aha.. padan muka.
Monopoli ini memang satu perniagaan yang diharamkan dalam Islam. Iaitu seorang peniaga membeli sesuatu barang secara borong (banyak-banyak), kemudian ia disimpan di satu tempat, tidak dijual kepada orang lain, sehinggalah harga barang tersebut naik disebabkan keperluan manusia.
Lalu, si peniaga ini akan menjualnya dengan harga yang melampau kerana barang tersebut hanya ada pada kedainya. Maka, memang padan mukalah sesiapa yang menjadi mangsa keadaan.
Kes ini terjadi di Bandar Baru Kampar, apabila serbuan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak dibuat di sebuah gudang dan menemui 37.6 tan gula yang disusun dengan penuh best.
Nilai rampasan gula berkenaan dianggarkan lebih RM60,000. Isy, banyak juga. Kalau untung, mesti kaya.
Pengarahnya, Mokhtar Sulaiman berkata,
Berikutan aduan peruncit dan orang awam khususnya di bandar ini, sepasukan tujuh pegawai penguat kuasa diketuai Penolong Pengarah KPDNKK Perak, Akram Karim Mohamad Arip telah menyamar sebagai pelanggan di premis terbabit.
Cuma saya hanya mengulas berdasarkan berita ini. WaLlahua'lam, sekiranya apa yang diberitakan di sini tidak sepertimana yang terjadi.
AKRAM KARIM memeriksa 37.6 tan gula yang dirampas di sebuah premis di Kampar semalam.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment