12 May 2010

Bawa Isu Salah Laku Pegawai JPMK Ke KPT


Hari ini, beberapa berita telah disiarkan di dalam akhbar Malaysia tentang isu Qiraat. Dan saya masih ternanti-nanti isu salah laku pegawai JPMK yang menyebabkan mahasiswa menjadi susah dan sukar untuk menempuh hari-hari mendatang sebagai penuntut agama Allah SWT.

Saya berharap agar isu salah laku pegawai dapat dibawa ke Kementerian Pengajian Tinggi juga, supaya hak mahasiswa itu dapat dikembalikan. Apabila membaca beberapa berita tersebut, saya mendapati bahawa isu mahasiswa Mesir tetap berjalan walaupun dalam musim peperiksaan.

Saya berharap benar agar pegawai JPMK dapat berusaha untuk mencapai visi dan misi mereka yang tertera pada web JPMK, iaitu menuju ke arah perkhidmatan yang cemerlang 2010. Namun, harapan kami kesal dengan kehadiran beberapa orang pegawai baru semenjak kebelakangan ini.

Facebook Khairi sudah beroperasi semula. Blog notakhairi masih lagi belum dibuka, dan beliau menggunakan blog Atase Akademik sebagai blog peribadinya. Entahlah. Mungkin dia terlupa bahawa blog itu adalah blog rasmi.

En Zul pula, masih lagi berdiam diri dengan isu ARMA. PMRAM sudah menziarahi ahli di ARMA bersama beberapa YDP BKAN. Alhamdulillah, tiada sebarang halangan, walaupun En Zul begitu lantang mengharamkannya tempoh hari.

Prof Jamil pula masih lagi belum kedengaran penyambungan tugasnya di Mesir. Sebelum ini, ura-ura mengatakan bahawa beliau sedang berusaha untuk membolehkannya menyambung keriernya di sini. Semoga usahanya terbantut.

Dengar cerita lagi, Prof Jamil telah membeli beberapa buah kereta, entah berapa kosnya. JPMK pun sudah ada kereta baru, Honda CRV. Banyak pulak duit nak beli semua ni. Sedangkan hutang mahasiswa sebanyak LE 40 000 masih lagi belum dilangsaikan, dan duit kebajikan RM 10 000 bagi sebuah BKAN, entah ke mana perginya.

Saya berharap sangat agar pegawai JPMK yang mempunyai masalah, dihantar pulang. Demi menjaga kebajikan mahasiswa di sini. Ia bagi membersihkan nama baik JPMK yang telah ditubuhkan sejak 1980 lagi.

Isu Kutub Sittah dan Khairi Fitnah Pengerusi DPMT masih lagi belum selesai sehingga hari ini. Mereka yang bersalah enggan mengaku salah, dan pengecut untuk berhadapan dengan mahasiswa. Sehingga hari ini, kami masih lagi menuntut supaya diadakan dialog terbuka dengan mereka ini.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

1 comments:

dr.muslimah on May 13, 2010 at 7:36 AM said...

Jangan biar ana bawak isu ni macam ana bawak masa kat univ lama dulu..pasal yuran, habis ana bawak dengan MARA, KPT n all..suara mahasiswa ni ramai..kami semua ni bersatu..memang patut yang bermasalah ni dihantar..bukan nak memudahkan pelajar, menyusahkan...harap visi/misi je gempak..tapi keje hampeh..-pendapat peribadi.tidak ada kena mengena dengan sesiapa berdasarkan pengalaman berurusan dengan pihak berkenaan..

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal