Terus terang saya beritahu di sini bahawa saya "dengki" dengan kengkawan di Kuliah Syariah Tahun 4, kerana mereka begitu "meriah" mengadakan study group. Kenapa? Usuluddin takda study group ka?
Study group Usuluddin biasanya terhenti secara tidak sengaja pada tahun 3. Ini kerana masing-masing mengambil kos yang berbeza. Apatah lagi saya sekarang dalam kos Akidah dan Falsafah, yang terkenal dengan bilangan mahasiswa Malaysia yang cukup sedikit.
Selama ini, bagi Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah, terpaksa bergabung dengan negara lain untuk mengadakan study group. Antara hardcore Akidah dan Falsafah ialah Indonesia. Agak ramai Indonesia yang mengambil jurusan Akidah dan Falsafah, dan kebanyakan mereka begitu cemerlang dalam pengajian, tahniah!
Tahun lepas, saya lebih kerap bersama 2 orang sahabat Singapore. Kami bertiga juga kadangkala bersama sahabat dari Indonesia. Alhamdulillah, mereka lulus, saya pulak tak lepas.. Mereka sudah pun pulang ke Singapore.
Beberapa kawan dari Malaysia tinggal berjauhan, menyukarkan pertemuan kami. Antaranya Razak yang tinggal di ARMA, dan Ishak Hanis yang berada di kawasan jauh. Razak sudah selesai pengajian, Ishak Hanis masih lagi "bawa subjek" yang tak sama dengan subjek yang saya bawa"..
Tahun ini, apabila melihat sahabat dari Kuliah Syariah tahun 4, mereka begitu selesa dengan Study Group mereka. Huhuh.. dengkii.. Oh.. teringat ketika tahun 1 dan 2, kami begitu meriah mengadakan Study Group.. Sekarang, kami berada di jabatan-jabatan yang berbeza.. Semoga bejaya di dunia kalian!
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
2 comments:
Syukur enta masih ada kawan akidah falsafah untuk nak buat study group. Tahun depan kalau enta ambil master lagi susah. Ana pun susah juga nak cari 'study group' untuk master ni.....huhu
kita punya nasib yg serupa...
disini pon 3 org je yg amik...
sama2 najah kita..amin..
Post a Comment