14 May 2010

Rumah Sewa Ahli Kelantan Dipecah Masuk


Saya menerima offline messege yang bertulis...

TERBARU : Kejadian kecurian telah berlaku di salah sebuah rumah pelajar ikhwah dari negeri Kelantan di Hayyu Sabiek. Rumah tersebut telah dipecah masuk dan diselongkar barang-barang ketika ahli rumah sedang menunaikan solat Jumaat. 3 buah laptop, 6 buah handset, kamera dan external hardisk di dapati hilang. Kepada seluruh ahli PMRAM diminta untuk meningkatkan keselamatan di kediaman masing-masing. Tolong sebarkan....

Erm.. saya pun segera menelefon pihak berwajib, antaranya Presiden PMRAM sendiri, Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime. Ya, beliau sendiri mengesahkan kejadian terbabit. Cuma, apabila saya menghubungi beberapa pihak yang lain, masih keliru tentang bilangan hanset yang dicuri. Maklumat di dalam YM menyebut sebanyak 6, tetapi maklumat yang diberikan kepada saya sebanyak 7.

Walaubagaimanapun, masalahnya tetap sama. Rumah dipecah masuk. Maka, saya menyeru kepada semua pembaca blog ini, supaya meningkatkan doa dan permohonan kepada Allah supaya dipelihara rumah dan harta kita daripada sebarang kecurian.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal