05 May 2010

Isu Qiraat : Pensyarah Qiraat Sendiri Menghubungi JPMK


Apa cerita. Pensyarah Qiraat telah menghubungi Khairi dan En Sulaiman, bertanyakan tentang peperiksaan mereka ini.. Akhirnya mereka pun memberitahu bahawa peperiksaan untuk mereka diadakan pada Bulan Julai ini.

Ustaz, betulka maklumat ustaz ini..? Khairi belum tulis apa-apa lagi di dalam blognya. Takpa, kita tunggu sahaja. Apabila mahasiswa bertanya, beliau sorok-sorok.. Nah, mudir terus yang bertanya.. Nak sorok-sorok lagi?

Saya agak kesal dengan beberapa perangai JPMK yang suka sorok-sorok. Mungkin mereka menyorokkan beberapa maklumat bertujuan mengelakkan tohmahan terhadap mereka. Tapi malangnya, mereka telah membuatkan mahasiswa tertanya-tanya..

Ya, saya pun tertanya-tanya.. Akhirnya, biar pensyarah sahaja yang pergi bertanya, kerana bukan setakat mahasiswa tertanya-tanya, Mudir kuliah pun pening dengan perangai pegawai JPMK seperti ini.

Muhasabah kembali. Kami berhak mendapatkan maklumat yang sepatutnya kami tahu. Kalau maklumat rahsia dalam fail JPMK, tu tak perlulah beritahu, dan kami pun tanak tahu. Kami cuma nak tahu apa yang sepatutnya kami tahu.

p/s : Minta maaf, bukan mudir qiraat, akan tetapi pensyarah.. perkembangan lanjut akan dijelaskan nanti

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal