"Kalau dah tahu tak mampu nak tanggung, buat apa datang mengaji kat sini.." Kata Zulkifili bin Din, 22 April lalu di Dewan Utama ARMA.
Amacam? Ada tak yang "tak rasa marah" apabila mendengar ayat ini? Selamba gila.. Sebelum tu, ada sorang hamba Allah ini berkata kepada audience, "kami kat sini bukan semua kaya.. ada yang miskin.."
Saya masih lagi memikirkan. Kenapa begitu sombong si Zul ni berkata demikian? Adakah dia tidak memahami mahasiswa di sini? Maksud lain kata-kata beliau ialah, "kalau dah tahu miskin, ngaji Malaysia je la.."
Eh, ngaji Malaysia lagi mahal. Setahun sampai puluhan ribu ringgit. Tak botak kepala ke gitu? Atau beliau cuba maksudkan "kalau dah tahu miskin, buat apa ngaji.." Beliau cuba menyuruh semua mahasiswa yang miskin-miskin ini tak perlu mengaji langsung.
Perghh.. keras betul ayat dia ni. Maka, saya menjawab dengan nada lembut "Kalau Pegawai JPMK nak makan gaji buta, baik balik Malaysia je..., lagi banyak gaji buta boleh hangpa telan!"..
Kami datang jauh-jauh, sehingga habis ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan didikan al Azhar, dan ilmu yang terdapat di bumi Mesir. Malangnya, JPMK menyusahkan pelajar dengan melengah-lengahkan urusan kenaikan nama.
Kemudian menganggap kita ni seperti bola, tendang sana sini. Buat kerja malas. Sibuk dengan politik. Pastu makan gaji.. Hak mahasiswa mereka abaikan. Inikah pegawai JPMK? Kesal! Saya harap, pihak KPT boleh menukarkan mereka kepada pegawai yang bersifat "akademik".
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
1 comments:
Dia ni memang ada masalah sejak datang.kalau beurusan dengan dia kat safarah xpernah tenang..mulut dia da la men lepas je..dalah masa pelajar tengah ramai beratur untuk amik cop dia boleh layan ym plak..minta supaya encik zul dapat berubah untuk menjadi lebih baik..
Post a Comment