Saya masih meragui, benarkah Khairi atau JPMK benar-benar bertemu dengan Syeikhul Azhar? Ya, saya amat berharap agar Khairi dapat memaparkan gambar pertemuannya dengan Syeikhul Azhar sepertimana yang didakwa. Kenapa saya meraguinya?
1. Kalau sebelum ini, setiap kali bertemu dengan syeikh, beliau akan mengambil gambar, dan memaparkannya ke dalam blognya. Tetapi di dalam post tentang keputusan perbincangan bersama Syeikhul Azhar, tidak disiarkan sebarang gambar tentang pertemuan tersebut.
2. Berita pertemuan tidak ditulis di dalam web rasmi JPMK, sepertimana ziarah yang diadakan pada 30 Mac 2010 (sila klik) . Saya yakin, sekiranya pertemuan Khairi diadakan, pasti akan ditulis sebagai berita rasmi.
3. Pada tarikh 4 Mei tersebut, Dr Ahmad Tayyib telah dikunjungi oleh Duta Kanada. Berita ini disiarkan di sini (sila klik). Tetapi, kenapakah tidak disebut pertemuan bersama Pegawai dari Malaysia?
Cuma, kemungkinan yang boleh saya katakan ialah, beliau hanya bertemu dengan pekerja atau kerani di Pejabat Syeikhul Azhar. Atau kemungkinan beliau tidak pergi bertemu pun. WaLlahua'lam. Allah Maha Mengetahui, dan saya tidak mengetahuinya, dan saya juga tidak menolak kemungkinan, memang beliau mengadakan pertemuan dengan Syeikhul Azhar
Saya berharap sangat, agar Khairi dapat mengemukakan bukti yang kukuh menceritakan pertemuan rasminya bersama dengan Syeikhul Azhar, supaya tanggapan semua pembaca dapat diperbetulkan. Sekian, WaLlahua'lam.. Semoga Khairi dapat memberi penjelasan.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment