08 May 2010

Solat Hajat Di Syoubra 7 Mei - Kita Tetap Bersama!


sumber : Ridzuan Adzemi (link)

Alhamdulillah, semalam (6/5/2010), Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ), Shoubra telah mengajurkan Majlis Solat Hajat Perdana sempena imtihan yang bakal ditempuhi melibatkan semua mahasiswa-mahasiswa tahun 1 hingga tahun 3. Majlis dimulakan dengan solat Isyak berjemaah seterusnya solat hajat memohon kepada Allah s.w.t. mengurniakan sesuatu yang terbaik buat kami. Seusai solat hajat, diadakan majlis penerangan tentang jawapan yang telah dikeluarkan oleh pihak JPMK berkaitan isu kenaikan nama mahasiswa-mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar sesi 2009.

Banyak cadangan telah dilontarkan untuk menyelesaikan isu yang telah lama berlaku tetapi tiada penyelesaian! Kesedihan yang menimpa kami terubat apabila abang-abang turut serta menyelesaikan masalah ini. Ya! Kami tetap bersama menghadapi kezaliman! Kami gembira malam tersebut kerana terasa seolah-olah tidak keseorangan memperjuangkan hak kami. Terima kasih abang-abang semua. Moga Allah s.w.t. membalas jasa mereka.

Gembira semalam bertukar kembali selepas membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan. Link. Sila kenyataan yang berbeza. link 1, link 2, Bila direnung kembali, rupa-rupanya cukup-cukup susah menghadapi mereka yang seolah-olah pandai beranalogi membuatkan saya terasa semakin berminat untuk mengkaji Ilmu Mantik!. Apa-apa pun, doa tetap dipohon kerana Allah s.w.t. lah yang hanya mampu menyelesaikan masalah ini. Ramai yang ungkapkan doa orang yang dizalimi dimakbulkan. Jadi, sahabat-sahabiah jangan berhenti berdoa memohon Hidayah daripada Allah s.w.t.

Terima kasih kepada sahabat-sahabiah yang saling menegur antara satu sama lain. Saya terima pesanan dari seorang sahabat yang mengungkapkan pepatah yang dikeluarkan oleh seorang tokoh ilmuan suatu ketika dahulu iaitu " Orang yang tidak merasa marah bila dizalimi adalah umpama himar ". Sama-sama fikirkan.

Janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. sentiasa merindui rintihan-rintihan hambanya. Sahabat-sahabiah pernah mendengar kisah seorang lelaki yang banyak berdosa meyuruh kerabatnya supaya membakar badannya hingga menjadi abu kerana takut diseksa oleh Allah s.w.t. di akhirat. Lalu Allah s.w.t. bangkitkannya dalam keadaan sediakala dan bertanya kenapa dia melakukan sedemikian. Lelaki tersebut menjawab kerana takut kepada Allah lah menyebabkan dia melakukan demikian. lalu Allah memasukkanya kedalam syurga. SubhanAllah! Luasnya Rahmat Allah s.w.t.

Ayuh sahabat-sahabiah semua! Jangan putus berdoa kepada Allah s.w.t. Dan jangan berhenti menuntut HAK selagi mana HAK tersebut belum tertunai!!

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal