10 May 2010

Pertemuan Pimpinan Wafidin Tanta Bersama Dr Hakim Syarqawi


Alhamdulillah, masih ada tangan lagi yang sanggup membantu. Dr Hakim Syarqawi adalah salah seorang yang dipertanggungjawabkan dalam menyelesaikan Hal Ehwal Mahasiswa al Azhar di Tanta.

Pada 9 Mei, beliau telah menjemput pimpinan wafidin di Tanta untuk bertemu dengannya di Pejabatnya. Antara mahasiswa Malaysia yang hadir di dalam pertemuan tersebut ialah Pengerusi DPMT sendiri Ustaz Zulhilmi, Ustaz Fadhil (mutazawwijin), Ustaz Aiman Selangor dan lain-lain.

Manakala pimpinan wafidin yang lain, antaranya dari Negara Turki, Nigeria, Thailand, Indonesia, Filipina dan sebagainya.

Pertemuan pada 9 Mei bermula pada jam 10 pagi, dan membincangkan beberapa faktor bantahan mahasiswa terhadap isu perpindahan ke Kaherah. Beliau menulis beberapa faktor yang dibentangkan oleh pimpinan wafidin untuk menghantar surat kepada pihak al Azhar pusat.

Pada 10 Mei (hari ini), jam 3 petang tadi, mereka dipanggil semula untuk kali kedua, bagi menyambung perbincangan, dan mengesahkan laporan yang telah dibentangkan semalam. Alhamdulillah, terpancar kesungguhan dari wajah Dr Hakim Syarqawi.

Insya Allah, esok (11 Mei) akan diadakan pertemuan kali ketiga bagi mendapatkan tandatangan daripada pimpinan wafidin, sebelum dihantar ke al Azhar pusat. Dr Hakim sendiri akan membuat surat tersebut, dan menyerahkannya kepada pihak terbabit.

Terima kasih Dr Hakim Syarqawi, jasamu dikenang..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

1 comments:

Unit Bait Muslim Tanta, Gharbiyyah, Egypt on May 11, 2010 at 6:38 PM said...

Salam,mudah-mudahan kita bersamalam menyelesaikan isu yang berlaku.Terima kasih.

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal