10 May 2010

PMRAM Tetap Sah Walaupun Tak Berdaftar Dengan JPMK

Kenapa isu pendaftaran dibangkitkan sedangkan PMRAM tidak menghadapi masalah dengan Kuasa Usaha Sementara? Inilah soalan yang bermain di benak pemikiran saya apabila JPMK tak habis-habis bising tentang pendaftaran. Kenapa mesti berdaftar sedangkan PMRAM bukanlah satu pertubuhan haram di Mesir?

Masalah yang terjadi apabila pendaftaran PMRAM ini dianggap seperti "tidak berdaftar". Sebelum ini, telah saya nyatakan bahawa pendaftaran PMRAM adalah sah di sisi undang-undang Mesir, kenapakah pendaftaran ini dipertikaikan.

Semenjak 1964 lagi PMRAM telah berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir, tetapi apabila JPMK yang ditubuhkan pada 1980, tiba-tiba sahaja ingin mempersoalkan isu pendaftaran ini.

Kalau kita lihat kepada sejarah, hubungan kerjasama Kerajaan Malaysia dan PMRAM sudah berlalu begitu lama. Antaranya urusan tanah ARMA yang dibuat di antara PMRAM dan kerajaan Malaysia pada 1959.

Tetapi malangnya sejarah ini cuba dihitamkan oleh JPMK sendiri. Entah kenapa. PMRAM sudah hidup 80 tahun, satu tempoh yang terlalu panjang untuk menjadi sebuah pertubuhan yang berpengalaman.

Persoalannya, kenapakah baru 7 tahun kebelakangan ini baru dibangkitkan isu pendaftaran PMRAM? Sedangkan PMRAM sudah 80 bergerak di Mesir, dan sudah 46 berdaftar dengan Kerajaan Mesir.. Entah...

Pada 4 Mei lalu, En Saiful Anuar bin Mohammad, Ketua Usaha Sementara menyifatkan isu pendaftaran PMRAM bukanlah satu masalah.. Bahkan PMRAM memang sah di sisi undang-undang.. Beliau berkata ketika perjumpaan bersama BP PMRAM, dan YDP BKAN.



Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal