05 May 2010

PMRAM Turun Padang Melawat Penghuni ARMA


Tahniah saya ucapkan kepada PMRAM, kerana sudi turun padang melawat penghuni ARMA jam 1.30 petang tadi (5 Mei). Semoga usaha PMRAM untuk membangkitkan isu kebajikan mahasiswa. Berita tersebut disiarkan di dalam web rasmi PMRAM (link)

KAHERAH, 5 Mei - Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman hari ini menyeru semua kepimpinan di setiap peringkat samada PMRAM Pusat mahupun PMRAM Cawangan menjadikan agenda kebajikan sebagai medium mendekatkan ahli dengan persatuan. Agenda kebajikan yang merupakan agenda besar yang diperjuangkan pada tema yang lepas tidak akan terhenti bahkan ia tetap diteruskan sebagai medium utama kita.

Mengenai agenda ini, pihak pimpinan PMRAM Pusat yang diketuai oleh Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili bersama-sama Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM, Saudara Mohd Farkhan Md Zain dan Bendahari Kehormat, Firdauz Noh telah pergi mengadakan lawatan dan ziarah ahli-ahli PMRAM yang berada di ARMA pada hari ini sekitar jam 1.30 petang. Lawatan tersebut merupakan langkah pertama bagi PMRAM yang merupakan persatuan kebajikan di dalam memberikan perhatian dan kebajikan terhadap ahli-ahli di ARMA selepas timbul beberapa isu dan permasalahan di sana.

Tidak ketinggalan, borang aduan hak mahasiswa dan borang Jam'iyyah Syar'iyyah turut diedarkan

Saudara Mohd Farkhan Md Zain sempat menyerahkan kepada ahli-ahli di sana Borang Aduan Hak Mahasiswa dan Borang Bantuan Bulanan daripada Jam'iah Syar'iyah. Kedua-dua borang ini merupakan satu saluran kebajikan bagi menguruskan pendaftarkan nama mereka untuk bantuan bulanan di samping Borang Aduan Hak Mahasiswa bagi menjamin hak mereka dibela dan tidak diperlekehkan dengan begitu sahaja.

Kita PMRAM!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal