Semakin hari, saya sebagai mahasiswa semakin keliru dengan perangai Pegawai JPMK ini. Adakah mereka benar-benar mengikut "gred pekerjaan" sepertimana yang saya lampirkan di sini (link)? Macam tak percaya.
Artikel yang disiarkan di dalam blog Atase Pendidikan, jam 2.22 petang, begitu jelas mengelirukan ramai pihak. Macam tak percaya, betulkah ini pegawai JPMK. Tak professional langsung. Dok sibuk putar belit cerita, kemudian tak buat kerja. Kemudian sibuk berpolitik. Kesal!
Antara ayat-ayat beliau ialah
4. Satu perkara yang saya ingin nyatakan, bahawa sikap segelintir daripada pelajar kita yang belajar agama, yang bakal menjadi ulamak, sukar untuk menerima teguran. Jika ditegur cepat terasa, manja, merasakan diri terlalu tinggi dan cepat membuat andaian yang pelbagai. Mungkin itu kelemahan orang belajar agama pada pandangan saya yang lemah ini. Lebih-lebih lagi jika orang yang menegur itu bukanlah orang yang belajar agama. Kalau kita hendak jadi ulamak profesional sebagaimana yang dilaung-laungkan maka sikap terbuka, saling memaafkan dan berfikiran positif adalah merupakan aset yang bernilai dan perlu ditanam dalam jiwa pelajar. Saya yakin, hal ini akan membantu pelajar-pelajar apabila menempuh di alam pekerjaan nanti.
Sebenarnya ayat beliau ini, adalah untuk dirinya sendiri. Maka, saya ubah ayat ini, kepada ayat yang lebih sesuai, semoga beliau boleh berfikir dan berubah. Ayatnya berbunyi :
4. Satu perkara yang saya ingin nyatakan, bahawa sikap segelintir daripada pegawai JPMK yang berlatar belakang agama, yang kononnya ulamak, sukar untuk menerima teguran. Jika ditegur cepat terasa, manja, merasakan diri terlalu tinggi dan cepat membuat andaian yang pelbagai. Mungkin itu kelemahan orang yang pernah belajar agama, tapi tak mengamalkan ilmunya, mengikut pada pandangan saya yang lemah ini. Lebih-lebih lagi jika orang yang menegur itu bukanlah orang yang belajar agama, ataupun orang yang sedang belajar agama. Kalau kita hendak jadi ulamak profesional sebagaimana yang dilaung-laungkan maka sikap terbuka, saling memaafkan dan berfikiran positif adalah merupakan aset yang bernilai dan perlu ditanam dalam jiwa pegawai JPMK. Saya yakin, hal ini akan membantu para pegawai ketika melaksanakan kerjanya dengan amanah.
Saya berharap sangat agar ia menjadi cermin kepada beliau, supaya menerima teguran ini sekiranya beliau sendiri yang mengatakannya sedemikian. Tidak gunalah kalau hanya tahu berkata-kata, tetapi begitu suka untuk menyusahkan pelajar. Kesal!
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment