07 May 2010

Qiraat : 3 Bulan Pegawai JPMK Makan Gaji Buta?


Saya kesal apabila membaca "kenyataan rasmi" JPMK yang begitu terang menunding jari kepada mahasiswa. Khairi masih lagi enggan mengakui kelembapan JPMK dalam membuat urusan. Anda boleh bandingkannya dengan beberapa artikel di bawah :




Dan pada amatan saya, sebarang kenyataan daripada JPMK semakin sukar dipercayai. Apatah lagi Khairi. Semuanya bertujuan memutarbelitkan keadaan, dan kehebatannya dalam ilmu memutar belit cerita ini sudah terserlah sejak "Fitnah Terhadap Pengerusi DPMT" lagi.

Antara perkara yang perlu diperhatikan ialah :

1. Pada 22 November 2009, DPM Syoubra telah menyerahkan semua borang mahasiswa/wi qiraat kepada En Sulaiman, Pegawai JPMK.

2. Pada 26 Disember, DPM Syoubra telah menghantar pula salinan visa kepada JPMK.

3. Pada Bulan Januari, DPM Syoubra telah bertemu En Sulaiman, tetapi masih tiada perkembangan.

4. Pertemuan untuk mengetahui perkembangan berlarutan sehinggalah 7 Mac, dan 1 April.

Amacam? Untuk menguruskan kenaikan nama mahasiswa/wi qiraat selama 3 bulan lebih? Apa yang mereka buat pada Bulan Januari, Februari, Mac? Makan gaji buta selama 3 bulan? Bertambah pelik, mereka menunding jari kepada mahasiswa, katanya kami pulak yang terlewat. Pening!

Kekeliruan seterusnya ialah, masalah kenaikan nama ini telah bermula sejak 2006 lagi. Dah 4 tahun dah.. Masalah yang sama kerap berulang. Apa cerita? Nak kata mahasiswa terlewat jugak?

Ya, Khairi dan Pegawai JPMK hari ini telah mewarisi kelembapan pegawai-pegawai sebelum ini. Sampai bilakah pegawai yang seperti ini akan terus di hantar ke Mesir? Kenapakah pegawai yang suka menyusahkan pelajar seperti ini, di hantar ke sini?

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal