07 May 2010

JPMK : Sesi Depan, Semua Mahasiswa Baru Dipusatkan Di Kaherah?


Pada Hari Khamis lepas 29 April, sekitar jam 9 - 10 pagi, salah seorang sahabat saya (dirahsiakan nama) dari negeri (dirahsiakan juga) telah mengunjungi Pejabat JPMK, dan telah bertemu dengan En Sulaiman.

Sahabat saya tersebut bertanya kepada En Sulaiman tentang perpindahan. Beliau menyebut bahawa

Perpindahan dari muhafazah ke Kaherah tidak akan dibuat, sebaliknya mahasiswa/wi baru sesi akan datang, tidak lagi dihantar ke muhafazah, sebaliknya akan dipusatkan di Kaherah...

Aduss.. sakit kepala apabila mendengar berita ini. Walaupun ditanya secara lisan, tetapi ia disebut oleh seorang "mas'ul" yang berkaitan dengan isu perpindahan ini. Sebelum ini, pada 28 April di Rumah Perak, ketika Majlis Ramah Mesra, En Zul memberitahu bahawa tiada sebarang hitam putih lagi tentang isu perpindahan.

Tetapi yang peliknya, keesokan harinya, boleh pulak En Sulaiman berkata demikian. Mana satu? Kalau benar tiada hitam putih, kenapa ia boleh dimaklumkan kepada mahasiswa? Apa cerita sebenarnya? Kami nak tahu?

Adakah JPMK turut sama ada konspirasi di sebalik penghapusan muhafazah ini? Sila jelaskan kepada kami. Nak sumbat mana kalau semua mahasiswa sesi depan duk Kaherah? Apa semua ini?

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal