06 May 2010

Kenyataan Rasmi JPMK, Adakah Mahasiswa Berpuas Hati?


Jam 5.51 pagi, 6 Mei (pagi tadi) disiarkan di dalam web rasmi JPMK (link) setelah berbulan-bulan didesak. Maka, inilah kenyataan yang dinanti-nantikan itu. Adakah ia boleh memuaskan hati?

MASALAH PELAJAR TAHUN SATU
MAAHAD QIRAAT AL-AZHAR MESIR 2009/2010

Pendahuluan

Jabatan ini telah menerima aduan daripada wakil pelajar Maahad Qiraat Al-Azhar Mesir (Syubra dan Mansourah) dan penjaga pelajar berkaitan larangan menduduki peperiksaan syafawi (lisan) pada 29 April 2010 dan peperiksaan tahriri (penulisan) pada 8 Mei 2010.

Punca Masalah

1. Pelajar lewat sampai ke Mesir.

2. Pelajar lewat menyerahkan keputusan pemeriksaan kesihatan (medical check-up) iaitu pada 22 November 2009 sedangkan tarikh tutup 30 Oktober 2009.

3. Visa telah tamat tempoh dan ada sebahagian pelajar tidak membuat visa.

 Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) menerima salinan visa yang terakhir pada 26 Disember 2009.

4. Wakil pelajar tidak mengikut prosedur yang diberikan oleh pegawai JPMK.

 Pelajar yang menguruskan sendiri visa dan pemeriksaan kesihatan dapat menyerahkan kepada JPMK sebelum 30 Oktober 2009.

Ekoran daripada sebab-sebab di atas, semua fail pelajar diserahkan kepada Idaratul Wafidin (Pejabat Pelajar Luar Negara) selepas 26 Disember 2009.

Tindakan yang diambil

7 April 2010

JPMK mengeluarkan surat permohonan kepada pihak yang berkenaan untuk membenarkan pelajar tahun 1 mengambil peperiksaan lisan walaupun fail belum sampai ke Maahad.

20 April 2010

JPMK mengadakan pertemuan dengan Syeikh Ali Abdul Baqi, Setiausaha Majmak Al- Buhus Al- Islamiah.

29 April 2010

JPMK mengadakan pertemuan dengan Syeikh Dr. Muhammad Wasil, Wakil Syeikh Al-Azhar di pejabat Al-Azhar,

29 April 2010

Idaratul Wafidin memulangkan semua fail pelajar kepada JPMK.

4 Mei 2010

JPMK mengadakan pertemuan dengan Al-Imam Al- Akbar Syeikh Al-Azhar As-Syarif Dr. Ahmad Tayyib.

Keputusan Perbincangan

1. Al-Imam Al- Akbar Syeikh Al-Azhar As-Syarif Dr. Ahmad Tayyib telah bersetuju untuk meminta Syeikh Dr. Muhammad Wasil, Wakil Al-Azhar menerima dan menguruskan fail-fail tersebut walaupun visa telah tamat tempoh.

2. Walau bagaimanapun, pelajar hanya dibenarkan mengambil peperiksaan pada daur al- thani (semester kedua) iaitu pada bulan JULAI 2010.

Jabatan Penuntut Malaysia Mesir
Kaherah 5 Mei 2010

7 comments:

Anonymous said...

nak ape lagi? saya mahasiswi tahun 1 qiraat boleh dikatakan berpuas hati tapi tidak bermakna berpeluk tubuh.Usaha terus untuk exam bulan julai.saya akan buat yg TERBAIK.Bi iznillah..~

dah2 la tu ustaz,jangan tulis topik2 membakar hati kami supaya terus nak melawan pihak JPMK.
tiada berkesudahan.kita pelajar,buat cara pelajar.sibuk membantah,pelajaran entah kemana.
wallahu'alam

ustazah on May 6, 2010 at 1:50 PM said...

Salam..

Pandangan ana..kta bukannya budak2 yang boleh digula-gulakan.Kita mahasiswa! sepatutnya berpandangan jauh dan dapat bezakan yang mana haq dan yang mana batil..Sekarang sudah jelas lagi bersuluh pihk mana yang salah.Pihak JPMK!..kita ada hak untuk memperjuangkan kebenaran.bukannye berpeluk tubuh dan ibarat lembu dicucuk hidung..hnya mengikut jer.

Ana setuju dgn segala pembongkaran ketidaktelusan dan segala kebrobrokan yg dilakukn oleh pihak berwajib agar semua mahasiswa mesir, ibu bapa, pihk kerajaan dan semua org tahu apa yg berlaku di mesir ni.

Amanah dlm melakukn tugas...Sebagi mahasiswa bukan sekadar meuntut ilmu sahaja..tetapi kita kena ambil tahu keadaan sekelling juga.

ok..ws

tahniah us mujahid..teruskan usha anda..ramai lagi yg akn mnyokong dan terus mnyokong tindkn membongkar segala konspirasi.

Anonymous said...

Kerana kita bukan budak-budaklah kita perlu matang dan berakhlak serta profesional dalam menghadapi sesuatu perkara...

Wallahu'alam.



.

Anonymous said...

Salam,

sebenarnya agak rasa panas hati sebab ada mahasiswi qiraat tahun sendiri rasa cukup la janji boleh exam julai nnti walaupun duur thani, mmg tnggjawab kita sebagai mahasiswa adalah untuk belajar, tapi xkan kita xboleh mengeluarkan pendapat dan menentang sebarang ketidak adilan berlaku keatas diri kita,bg saya us fadzil menulis bukan bertujuan untuk menyuruh pelajar membenci JPMK,ISMA, or sesiapa sahaja. Beliau hanya menceritakan fakta dan cuba membongkarkan sebarang kebatilan yang berlaku.
Apapun andai kalo tiada orang yang cuba bangkit untuk menegakkan keadilan maka akan terus berlaku kezaliman secara sedar atau tidak selama-lamanya..

buat ustaz fadzil teruskan usaha,tapi cuba perhalusi bahasa dan gaya penulisan enta. =)

Ibnu Ir Fadzil on May 6, 2010 at 4:23 PM said...

Salam.. nama saya Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil.. dan nama pena Ibnu Ir Fadzil.. Fadzil adalah nama abah ana.. Terima kasih sekiranya ada muhasabah.

Anonymous said...

maaf ustaz mujahid..sy kenal us,patut rasa len macam je..sy teringat kawan us,us fadhil shoubra..maalish ustaz =)

ahmad hisyam on May 6, 2010 at 8:55 PM said...

klakar plk baca comment ni. hehe

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal