03 June 2010

Gurauan Bangang Remaja Mesir, Dakwa Akhawat Kita Tunang Dia!

Gambar hiasan..


Satu memori pahit seorang akhawat yang terpapar di blog beliau, agak kesal dengan gurauan bangang seorang warga Mesir.. di bawah ini adalah catatan beliau..

Bila saya tiba di Iskandariah. Allah.. saya diuji.

Inilah mama dah kata 'tak berkat hidup tak dengar kata ibubapa'.

Pemusafiran saya dari Kaherah ke Iskandariah berteman. Kami bertiga pada mulanya. Tiba di stesen tremco Iskandariah kami berpecah, ada ke Mandarah ada juga ke Assofirah. Saya. Sayalah yang ke Assofirah tu bukan mereka. (sekarang tak dah)

Saya mula mencari termco untuk dinaiki. Banyak yang ada. Saya lebih senang jika di dalam termco sudah hampir dipenuhi orang. Boleh jalan terus tak perlu tunggu lelama.

Tiba-tiba seorang pemuda arab mendekati saya. Sepatutnya pemuda arab tersebut tanya saya nak ke mana memandang dia merupakan salah seorang dari mereka yang memandu tremco. tapi ini lain cerita. Dia tanya saya dah bertunang ka?.

Gila. (dalam hati). Saya mengelak ke tepi.

Dia terus menjerit-jerit.

Enti makhtubi. Enti makhtubi. Enti makhtubi.
(awak tunang saya maknanya)

Jeritan arab tersebut menarik perhatian pemandu-pemandu arab yang lain.

Saya dikepung mereka. Hampir 8 orang semuanya. Semuanya mendepakan tangan. Saya dan pemuda arab tersebut di tengah-tengah mereka.

Arab tersebut mengacah untuk menarik tangan saya. Dia melucutkan cincin dari jarinya untuk disarung pada saya. Terus menjerit juga, kata saya ini tunangnya. Perbuatannya disorak gila oleh pemandu-pemandu yang lain.

Ya Allah. saya tak tahu nak buat apa. Hilang suara.
Tangan saya sembunyi. Saya pandang keliling. ya Allah.. Tiada siapa tolong saya.

Orang yang lalu lalang melihat cuma. Mereka fikir tu gurau. Gurauan Gila.

"Haram! Haram! Haram alaik.."

Jeritan seorang mama (perempuan arab yang agak berusia dipanggil macam tu) membantu saya. Alhamdulillah. Alhamdulillah!

Dalam mereka masih terbahak-bahak memandang mama tersebut. Pandangan marah saya kira. Saya gunakan kesempatan ini. Saya tunduk berlari dari celah tangan yang mereka depa. Lari menuju ke termco yang sudah dipenuhi.

Beg saya dakap kemas. Tercungap-tercungap mengatur nafas. Saya lupa sekeliling.

Ya Allah selamatkan mama tadi. Jangan mereka apa-apakan dia. Doa saya.

Kejadian tersebut ada saya kongsi bersama teman terdekat. Mereka kata.

"tula padan muka tak mau dengar kata" (agak menusuk juga, hihi tapi tu la. Len kali sendiri mau ingat la!)...


Saya pun turut sama hadiahkan perkataan "Gila" wal "Bangang" kepada warga Mesir macam ni.. Saya doakan lelaki yang gurau bodoh macam ni, akan dibalas dengan perkara yang sama. Pesanan buat akhawat, kalau boleh, nak balik ke Muhafazah, pastikan berkumpulan.. Lagi ramai lagi bagus.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

1 comments:

zuanzaqziq on June 4, 2010 at 12:39 PM said...

moga2 dpt ambil iktibar wahai akhawat sekalian..
jangan menyesal kemudian hari..

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal