01 June 2010

Mahasiswa Malaysia Di Yaman Turut Mengecam Zionis Israel


sumber : Permaya (link)

Perkembangan dan rentetan “Freedom Flotilla”;

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain

a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,

b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,

c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan

d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.

Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

KENYATAAN RASMI PERMAYA
Mengutuk Serangan Zionis Israel Terhadap Misi Keamanan “FREEDOM FLOTILLA”

1. Kami Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan zionis terhadap misi keamanan ini dan mengajak kepada seluruh ahli-ahli Permaya serta Mahasiswa-mahasiswa Malaysia di seluruh dunia dan seluruh umat islam sedunia merasai tanggungjawab kita sebagai seorang muslim terhadap muslim yang lain dalam mengutuk serangan zionis Israel yang biadap terhadap misi ini.

2. Kami juga menyeru supaya seluruh persatuan-persatuan Mahasiswa Malaysia seluruh dunia mengeluarkan kenyataan rasmi menentang dan mengutuk serangan zionis Israel sebagai rasa tanggungjawab kita sebagai umat Islam.

3. Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Penaung Tabung Bantuan Kemanusian Palestin, mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

4. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel dalam isu ini dan isu sebelum-sebelum ini termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

5. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

6. Kami juga menyeru kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.

7. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa, solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai dan membaca doa qunut nazilah setiap waktu solat bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini, memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan dan memohon agar Allah SWT mengalahkan dan menghancurkan zionis Israel dan musuh-musuh Islam di muka bumi ini.

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal