18 May 2010

Berita Rasmi Tentang Kes Pecah Rumah Sewa Ahli Kelantan

berita tak rasmi saya (link)

sumber : PMRAM.org (link)

KAHERAH, 14hb Mei - Satu kejadian pecah masuk hari ini telah berlaku melibatkan rumah Mahsiswa Kelantan di H7 ketika mereka sedang menunaikan Solat Jumaat. Dicatatkan kehilangan 3 buah komputer riba, 6 buah telefon bimbit dan sebuah hardisk komputer dilaporkan hilang dan dipercayai dicuri.

Presiden PMRAM dan beberapa orang Badan Pengurus yang bergegas ke tempat kejadian mendapati rumah pelajar tersebut dalam keadaan berselerak kesan selongkar dari pencuri tersebut dalam mendapatkan barangan berharga.

Pencuri tersebut dipercayai berjaya memasuki rumah terbabit dengan tendangan kuat melalui pintu utama rumah tersebut berdasarkan kesan tapak kasut pada rumah tersebut.

Presiden PMRAM Saudara Shahrizan ketika mengulas kejadian tersebut menasihatkan agar selepas ini mahasiswa memastikan keselamatan kediaman rumah masing-masing ketika ketiadaan di rumah dan segera melaporkan kepada Presiden seandainya berlaku kes-kes pecah masuk supaya beliau dapat melaporkan kepada Pihak Keselamatan dengan segera.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal