18 May 2010

Jenazah Bayi 9 Bulan Selamat Dikebumikan


Jenazah Bayi 9 Bulan Selamat Dikebumikan

sumber : PMRAM.org (link)

KAHERAH, 13hb Mei - Jenazah Bayi Saudara Mohd Khairuzzaman selamat dikebumikan. PMRAM Pusat dengan kerjasama PMRAM Cawangan Kedah serta Pegawai Kebajikan Kedah hari ini selesai menguruskan kes kematian bayi Saudara Mohd Khairuzzaman yang menemui ajal ketika dalam kandungan.

Solat jenazah telah dijalankan di rumah waris tersebut dengan diimami oleh Saudara Shahrizan B Mohd Hazime selaku Presiden PMRAM dengan turut disertai beberapa Badan Pengurus, Pemangku YDP MKKK serta AJKT MKKK serta ahli MKKK.

Tahlil ringkas juga dilakukan sementara menanti urusan proses pengkebumian diselesaikan dengan dipimpin oleh Saudara Mohd Nazrul Abd Nasir Pemangku YDP MKKK.

Saudara Mohd Farkhan Naib Presiden 3 Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan ketika ditemui di tanah perkuburan Malaysia H10 menyebut bahawa pelancaran kutipan derma dilancarkan diantara PMRAM Cawangan Taakhi Kedah bagi meringankan beban waris atas kejadian ini. Jenazah selamt dikebumikan lewat jam 11 malam.

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal