04 June 2010

Berita 11 malam Tadi : Israel Nak Bantah Pulak.. - Mini Pavilion

11.00 malam, Mesir/Palestin : Berita Al-Jazeerah terus melaporkan bahawa Israel membantah dengan penubuhan Jawatankuasa Siasatan Antarabangsa berhubung serangan berdarah, malah Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Penjajah(Israel) juga membantah membebaskan Gaza dari sekatan.

Bagaimanapun ketika Netanyahu bertemu dengan Tony Blair(bekas Perdana Menteri Britain), Netanyahu mencadangkan untuk mengurangkan sekatan ke atas Gaza, iaitu:

1) Mewujudkan pasukan keselamatan antarabangsa di perairan pantai Gaza atau lebih tepat lagi pasukan itu berkawal di pelabuhan Gaza.

2) Setiap kapal-kapal yang menuju ke Gaza mesti diperiksa terlebih dahulu di pelabuhan Ushdud(Ashdod, Israel).

*Tony Blair semasa menjawat Perdana Menteri Britain pernah mengeluarkan kenyataan mengenai serangan Israel ke atas Gaza pada pertengahan tahun 2007 adalah 'untuk mempertahankan diri'.

Sementara itu, Amerika Syarikat(US) turut menegaskan komitmennya menjaga keamanan Israel. Diungkapkan, serangan Isnin ke atas armada pembebasan adalah wajar sebagaimana yang disebut oleh Joseph Biden, Timbalan Presiden US.

Dalam wawancara sebuah rancangan televisyen, Joseph biden(gambar) berkata, Israel berhak untuk menghadang dan memeriksa kapal-kapal yang menuju ke Semenanjung Gaza.

Jelas Biden lagi, 'memang hak Israel untuk sebut bahawa tidak tahu muatan yang dibawa oleh kapal-kapal ke Gaza, tempat yang melancarkan serangan roket ke Israel(mengisyarat kata-kata yang dituju kepada HAMAS) tetapi US sendiri telah bersedia untuk memberikan tekanan yang lebih besar agar bantuan-bantuan kemanusiaan dapat dibawa masuk ke Gaza, termasuk bahan binaan'.

Selain itu, Timbalan Presiden US menyalahkan pihak-pihak konvoi yang tidak mahu dengar perjanjian Israel supaya mengubah arah tuju pelayaran dan membenarkan Pihak Berkuasa Israel yang membawa bantuan-bantuan kemanusiaan konvoi itu ke Gaza. Sumber berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah

Berita siang tadi : Tunjuk perasaan di Indonesia dan Itali sebagai bantahan serangan berdarah ke atas armada pembebasan. Sumber berita Al-Jazeerah

Sementara itu, Afrika Selatan memanggil pulang dutanya ke Israel ke Afrika Selatan kerana membantah Israel yang menyerang armada pembebasan. Sumber berita Al-Jazeerah

05.15 petang, Mesir/Palestin : Syeikh Raed Salah berkata, Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, Jeneral Gabi Ashkenazi turut berada di pelabuhan Ushdud(Ashdod, Israel) pada hari Isnin yang lalu bagi meninjau sama ada dia(Syeikh Raed Salah) masih hidup. Sumber web berita safa.ps

Gabi, Ketua Turus Angkatan Tentera Penjajah(Israel) sewajibnya perlu diseret segera ke tribunal jenayah perang. Ketika perang Gaza 2008-2009, Gabi serta Ehud Barak(Menteri Perang Penjajah) merupakan antara individu yang terlibat mengeluarkan arahan menyerang Gaza.

04.14 petang, Mesir/Palestin : Kumpulan HAMAS di parlimen Palestin(كتلة التغيير والإصلاح) menggesa ahli-ahli parlimen dari Negara Arab, Islam dan Eropah yang mengikuti armada pembebasan agar berusaha bagi membebaskan Gaza dari sekatan serta membuat pendakwaan ke atas pemimpin-pemimpin penjajah(Israel) dalam mana-mana forum, perjumpaan rasmi, dan persidangan rasmi yang bersifat antarabangsa. Sumber web berita safa.ps

_______________________


Tahniah kepada para sukarelawan Malaysia. Sumber gambar, Berita Harian.

- Mereka telah menempuh satu pertempuran(pelayaran) yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan, sebagaimana perang di Gaza pada 2008/2009 -

(Dr Syed Mohd Haleem berkata, ketika tiba di Ashdod, rakannya, Dr Arbaie Syawal yang sempat mencium dahi tiga mayat sukarelawan Turki mendapati mereka berbau sangat wangi seperti wangian kasturi di Uhud. 03/06/2010, Berita Harian)
_______________________


01.05 petang, Mesir/Palestin : Penduduk Turki mengiringi 9 jenazah sukarelawan Turki yang syahid dalam serangan berdarah ke atas armada pembebasan.

Penghormatan dan pengucapan akhir dihadiri Menteri-menteri dan masyarakat Turki, malah dalam itu mereka semua mendesak supaya jenayah Israel ke atas para sukarelawan dibalas.

Memetik sumber agensi berita 'Anadhul' Turki, bahawa pakar-pakar perubatan forensik menyatakan 9 sukarelawan Turki yang syahid dalam serangan Israel menuju ke Gaza dibunuh dengan tembakan peluru.

Pakar-pakar tersebut menemui kesan belerang tembakan di tubuh semua mangsa, salah seorang darinya mengakui bahawa sukarelawan ini dibunuh dalam jarak yang dekat. Sumber Web berita safa.ps

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal