Konvoi Gaza : Erdogan Layak Dipuji, Kecaman Ke Atas Rejim Israel - Timbalan Presiden PMRAM
sumber : PMRAM.org
KAHERAH, 4 Jun - Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman menyifatkan tindakan Erdogan dalam membuat pilihan yang tepat dan berani layak diberikan pujian.
Bahkan menurut beliau, tindakan Erdogan tersebut patut diikuti oleh semua pemimpin negara Islam terutamanya dalam memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.
Tindakan Erdogan yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dengan cara menghalau pulang duta Israel yang berada Turki tersebut merupakan suatu serangan balas ke atas Israel ekoran serangan yang dilakukan oleh rejim zionis Israel ke atas kapal LL4G dalam menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Berhubung dengan isu serangan tersebut, kini seluruh dunia mengecam ke atas Israel kerana telah mencabuli hak kemanusiaan yang dilakukan oleh Turki kepada rakyat Palestin.
Bahkan angka kematian sukarelawan yang mececah 20 orang dan ratusan yang tercedera menggambarkan kekejaman yang telah dilakukan oleh Israel beberapa hari lalu.
"Kita di peringtkat PMRAM yang merupakan persatuan induk mahasiswa Mesir turut mengecam sekerasnya-kerasnya tindakan kejam yang dilakukan oleh rejim zionis Israel tersebut. PMRAM juga telah meminta seluruh ahli melalui BKAN dan DPM masing-masing melakukan solat hajat dan qunut nazilah khusus bagi keselamatan pihak sukarelawan dan rakyat Palestin. Bahkan kita juga meminta BKAN dan DPM melazimi qunut nazilah pada setiap kali solat fardhu. "
Beliau mengulas bahawa keberanian yang telah ditunjukkan oleh Erdogan patut dicontohi oleh semua pemimpin negara Islam.
Malahan dalam situasi sekarang ini, pemimpin negara Islam patut mengambil tindakan yang keras ke atas Israel memandang isu serangan yang dilakukan merupakan pencabulan ke atas hak kemanusiaan yang melibatkan umat Islam.
"Kezaliman yang dilakukan oleh rejim zionis Israel telah pun sampai ke kemuncaknya. Kita semua maklumi bahawa setiap hari rakyat Palestin dihujani dengan peluru dan disekat segala kemudahan semenjak puluhan tahun dahulu. Dan kini bantuan kemanusiaan yang ingin disalurkan oleh seluruh dunia melalui konvoi yang dianjurkan oleh Turki turut diserang dan telah mengorbankan puluhan nyawa. Saya rasa pemimpin negara Islam kena bertegas dan kembali bersatu untuk bangkit mengecam tindakan yang kurang ajar ini."
Selain itu, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman mengingatkan kepada semua ahli agar tidak putus berdoa dan melakukan qunut nazilah dalam mengecam tindakan kejam rejim zionis Israel.
Beliau juga memesan bahawa jangan disebabkan berada di dalam tempoh peperiksaan, isu kemanusiaan saudara seagama diabaikan. Sepatutnya sebagai penuntut ilmu agama perlu menitik beratkan soal kemanusiaan terutama yang melibatkan umat Islam sejagat.
0 comments:
Post a Comment