Ketika membuka laman-laman berita, tergerak hati saya untuk membaca berita di Kosmo, yang bertajuk "Kilang Pelawak Generasi Baru", tulisan Faizal Saharuni. Katanya di dalam berita tersebut, penghasilan pelawak ini sudah bertapak di Malaysia 4 tahun lalu.
Selain itu, pelawak-pelawak ini semakin "mengganas" dan berkembang. Ramai juga nak jadi pelawak, walaupun lawaknya agak basi. Tidak kurang juga, pelawak-pelawak yang dihasilkan oleh kilang-kilang ini dikatakan mempunyai kemahiran masing-masing, penampilan dan sebagainya.
No komen. Saya teringat kembali sejarah-sejarah manusia silam. Golongan pelawak memang wujud di beberapa buah negara bertamadun ketika dahulu. Tetapi tidak sampai menubuhkan satu "pusat" untuk menghasilkan pelawak. Ini kerana, pelawak bukanlah satu "bidang kerja"
Tetapi hari ini, ia berbeza sekali apabila ia sudah dijadikan sebagai salah satu cara hiburan. Ya, lawak itu adalah hiburan, dan setiap hiburan terdapat peraturannya di dalam Islam.
Antara yang paling jelas, "hiburan yang melalaikan adalah diharamkan di dalam Islam". Termasuk lawak yang melalaikan, juga diharamkan. Ini kerana, kelalaian itu membawa hati kita kepada kematian (hati).
Bukan semua lawak itu diharamkan.. Tetapi, ia bersyarat, dan berkaedah. Tidak melalaikan, tidak melampau, tidak mengandungi unsur-unsur fitnah, dan sebagainya. Kadangkala, penampilan mereka agak keterlaluan, kononnya untuk mentertawakan orang.
Contohnya, Mr Bean. Memang lawak. Tapi sampai sanggup berbogel semata-mata untuk menghiburkan hati orang lain. Di Malaysia? Fikirlah sendiri. Dan anda perlu ingat..
"Tujuan anda diciptakan oleh Allah, bukanlah untuk bersuka ria"...
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
1 comments:
Bru je lepas dgr Syeikh Nuruddin citer pasal Al-Imam Ibrahim bin Adham..Dulu2 dia suka berburu,masa dia keluar berburu d suatu pagi, terdengar suara bertanya:" Adakah utk ini kamu diciptakan? Adakah ini yg diperintahkan kpdmu?"
Post a Comment