KAWASAN yang didakwa menjadi lokasi penggambaran filem lucah di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut.
Hari ini di dalam dada-dada akhbar telah menyiarkan "sesuatu" pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak. Eh, baik pulak pak long kita ni. Tapi kalau setakat dedah saja tanpa tindakan, tak best jugak.
Beliau mendedahkan bahawa Taman Negara sedang dijadikan tempat penggambaran filem lucah wal bogel. Cuma, nama filemnya tidak pula disebutkan. Penggambaran tersebut dibuat oleh syarikat perfileman asing (bukan Malaysia).
Katanya :
“Saya menerima aduan daripada penduduk dan semasa membuat lawatan mengejut di situ awal April lalu, saya telah melihat sendiri beberapa adegan yang tidak sepatutnya.
“Malangnya, pengarah produksi asing berkenaan tetap berkeras mengatakan adegan itu tidak menyalahi budaya tempatan dan sebahagian merupakan arahannya,”
Erm.. fikir punya fikir.. Agaknya Malaysia ini semakin dijadikan tempat berbogel oleh pihak luar. Pihak luar sudah lama menganggap Malaysia ini seperti negara mereka. Eh, biasa la..
Kalau kita pergi di pantai-pantai yang terkenal di Malaysia, apa yang anda akan temui? Perempuan-perempuan mat saleh yang dok bersependa dan bercoli.. Depa tak malu ke? Amacam? Nak salahkan siapa? Faham-fahamlah sendiri.
Akan datang, anda jangan pelik apabila melihat filem telanjang keluaran Melayu pula! Kalau anda masih ingin mengatakan "tidak" kepada HUKUM ALLAH, maka tunggulah bencana ini.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment