Semalam, Ustaz Nik Azran mendedahkan beberapa kes hisbah.. yang kerap kali dinafikan.. "Kalau hisbah ada bukti, kenapa tak kemukakan?" Kata seorang hamba Allah yang tidak mempercayai kewujudan kes-kes seperti ini.
"Cukup"..
Tak perlu saya senaraikan semua yang didedahkan oleh beliau di dalam muktamar.. Nak sangat! Bukti berlambak.. gambar pun dah cukup mendedahkan segalanya. Buat serbuan, jumpa "sesuatu" dalam peti ais..
"Eh ustaz.. kitorang tak percaya lah.. kalau cakap kosong macam ni, semua orang boleh" terdengar lagi suara-suara yang masih lagi cuba pejamkan mata.
Tak hairan jugalah, Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime sendiri membacakan statistik kes hisbah "secara umum".. isy.. Ramai saksi di dewan muktamar semalam. Tapi kita masih berdiam diri.
"Saya dah kata, kes hisbah banyakkk.."
"Orang-orang yang susah payah cegah maksiat ni, komfim kena macam-macam.."
"Fitnah? Dah biasa la.. Ancam? Ugut? Dan banyak lagi.. Kena pukul pun pernah"
"Tak hairan semua itu.. yang pastinya masih ramai lagi PENGECUT untuk mencegah maksiat!"
Kawan satu bilik tak bangun solat subuh.. Tapi kita? Ada nak kejutkan dia? Kalau setakat kejut macam ala-ala gula-gula hacks, baik tak payah.. Benda paling kecil pun payah untuk dicegah.. inikan pula nak cegah orang yang buat maksiat terang-terangan..
Sebenarnya, saya tidak suka nak dedah itu dedah ini. Orang kata nak cari publisiti. Tapi, akhirnya ia didedahkan juga.. Tapi, masih ramai yang cakap "Isy.. takkan la kot.."
Cukup sekadar mereka yang menyaksikan sidang muktamar semalam..
"Hoi pengecut!! Takkan kawan sebilik dok bergayut tengah malam pun kita dok buat-buat tido?, takut sangat ke nak tegur dia?"
0 comments:
Post a Comment