14 April 2010

Gadis OKU Di"niaga"kan Oleh Si Pondan


3 Mac, Dataran Penggaram - Seorang Mak Nyah yang menggelar dirinya sebagai Kak Dahlia berumur 29 tahun berjaya memikat hati seorang gadis OKU yang berumur 19 tahun, dengan membelikan pakaian baru untuknya.

Inilah tarikh permulaan detik hitam kehidupan seorang gadis OKU yang tinggal di Batu Pahat. Semenjak tarikh ini, beliau di"jemput" untuk tinggal bersama Kak Dahlia di rumahnya yang terletak di Taman Soga. Namun, malang tidak berbau, beliau dikurung dan tidak dibenarkan keluar.

Gadis OKU ini diancam pukul wal belasah sekiranya ingin keluar dari rumahnya atau "penjara"nya itu.

Dalam tempoh sebulan berada di dalam penjara Kak Dahlia, gadis OKU ini telah diperdagangkan kepada lelaki-lelaki hampeh wal kudis dengan bayaran RM100 untuk sekali "servis".

Sejak tarikh tersebut, keluarga mangsa mencari gadis OKU ini sehinggalah mereka menghidu kedudukannya yang dipenjarakan di rumah Kak Dahlia tersebut. Salah seorang sepupunya menyamar sebagai seorang lelaki hampeh wal kudis (pelanggan), lalu menemui Kak Dahlia.

Apa lagi, sepupunya segera memaklumkan kepada keluarga gadis berkenaan sebelum melaporkannya. Apabila berita ini sampai ke telinganya, Kak Dahlia cuba bertindak membuat laporan polis terlebih dahulu dengan mengatakan dirinya dipukul oleh sepupu gadis berkenaan.

Polis menyerbu rumah suspek dan hasil pemeriksaan menjumpai beberapa kondom sudah diguna di beberapa tempat, selain wang tunai RM2,247 dalam laci milik pondan terbabit yang dipercayai hasil melacurkan OKU berkenaan.

Kalau dikira-kira semula, sekiranya Kak Dahlia memperoleh RM 2000 hasil daripada perniagaan haramnya ini, maka gadis OKU ini telah diservis sebanyk 20 kali dalam tempoh sebulan. Isy.. tak guna punya mak nyah. Mangkuk kuasa 2 plus hampeh kali sejuta MegaByte.

Antara kesalahan Kak Dahlia dalam kes ini ialah :

1. Seksyen 372A kanun sama - terbabit dalam aktiviti persundalan

2. Seksyen 377b Kanun Keseksaan - seks luar tabii

3. Seksyen 347 Kanun Keseksaan - kerana melakukan pengurungan salah

4. Seksyen 292A Kanun Keseksaan - memiliki 20 klip video lucah

Semoga Allah membalas kejahatan mak nyah ini..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal