02 June 2010

12 Rakyat Malaysia Yang Ditawan Sudah Dibebaskan

Gambar terakhir salah seorang rakyat Malaysia yang selamat, Sdr. Jamaluddin Ellias (jaket hitam) dari Yayasan Amal Malaysia di tanahair sebelum berlepas dan menyertai Konvoi LL4G di atas kapal induk Mavi Marmara. GAMBAR/-selesaidulu.blogspot.com


sumber : Idhamlim (link)

Semua 12 rakyat Malaysia yang ditawan oleh tentera Israel semasa kapal Mavi Marmara diserang pagi Isnin lalu disahkan selamat.

Perkara itu disahkan oleh wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail yang menghubungi bilik beritanya di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Ashwad adalah seorang daripada 12 rakyat Malaysia yang ditahan itu. Senarai penuh rakyat malaysia tersebut ialah :-

1.Noorazman Mohd Samsuddin, HaluanPalestin
2.Dr Mohd Arbai'e Syawal, Haluanalestin
3.Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, HaluanPalestin
4.Al-Hami Husain Suhaimi, HaluanPalestin
5.Mohd Nizam Mohd Awang, HaluanPalestin
6.Hasanuddin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7.Jamuliddin Elias, Yayasan Amal
8.Dr Selamat Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9.Abdul Halim Mohd Redzuan, Muslim Care
10.Mustafa Mansur, Mapim
11.Ashwad Ismail, wartawan Astro
12.Shamsul Kamal Latif, jurukamera Astro

Semua mereka kini berada di sempadan di Jordan sementara menunggu persiapan bagi membawa mereka pulang ke Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kini dalam perjalanan ke Jordan bagi menguruskan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditawan pihak Israel itu.

Beliau berlepas ke Jordan pada jam 10.15 pagi tadi dan dijangka tiba di Amman pada jam 1.30 tengahari waktu Malaysia.

“Anifah diiringi beberapa pegawai Wisma Putra,” kata seorang pembantu beliau.

Sementara itu menurut laporan AP, seramai 124 aktivis pro-Palestin dari 12 negara Islam termasuk Malaysia tiba di Jordan hari ini selepas dibebaskan oleh Israel.

Kumpulan itu yang ditahan dalam serangan komando Israel ke atas flotila bantuan Gaza kelmarin menyeberangi Jambatan Allenby ke Jordan dengan menaiki lima bas.

Pegawai tentera Jordan, Brigadier Mahmoud Abu Jumaa berkata, negaranya akan membantu menghantar pulang aktivis itu ke negara masing-masing dengan kerjasama kerajaan mereka.

Aktivis yang dibebaskan itu terdiri daripada rakyat Malaysia, Azerbaijan, Indonesia, Pakistan, Algeria, Jordan, Kuwait, Maghribi, Mauritania, Yemen, Oman dan Bahrain.

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal