KAHERAH, 2 Jun – Kejadian serangan Zionis Israel terhadap kapal induk Mavi Marmara baru-baru ini telah mendapat tumpuan masyarakat dunia. Hampir keseluruhan negara mengutuk kejadian yang tidak berperikemanusiaan dan tidak bertamadun ini.
Beberapa buah negara telah melakukan tindakan demontrasi besar-besaran terhadap isu yang melanda di Gaza termasuk negara Mesir. Kelmarin menyaksikan beberapa buah negeri di Mesir telah mengadakan rapat umum dan demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh aktivis Islam Mesir seperti di Zagazig, Iskandariah, Fayyum, Tanta, Mansurah, Kaherah dan beberapa buah lagi negeri di Mesir.
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) melarang sama sekali seluruh ahli-ahlinya dan mahasiswa Malaysia di bumi Mesir ini agar tidak terlibat dengan mana-mana demonstrasi yang diadakan oleh masyarakat tempatan.
“Kita bimbang mudharat yang lebih besar akan berlaku apabila ada di kalangan mahasiswa Malaysia khususnya ahli-ahli PMRAM terlibat dengan demonstrasi jalanan. Saya harap segala tindakan yang dilakukan, biarlah mengikut kepada arahan pimpinan. Sebab itulah PMRAM menyeru kepada seluruh mahasiswa Islam untuk solat hajat serta melazimi bacaan Qunut Nazilah.”
..... ujar Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime.
Semalam kebanyakkan PMRAM Cawangan di Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) telah mengadakan Solat Hajat dan Qunut Nazilah di tempat masing-masing walaupun suasana ketika ini mahasiswa sedang sibuk menghadapi peperiksaan.
Selain itu, kesemua DPM dan BKAN bersama-sama dengan PMRAM menyuarakan dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan oleh Israel Zionis itu.
Dalam pada itu, Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM mengharapkan agar seluruh mahasiswa lebih cakna dengan isu yang melanda umat Islam di Palestin.
“Sebagai mahasiswa Islam, tugas kita bukan sahaja belajar dan menuntut ilmu lebih-lebih lagi sekarang ini kita sedang menempuh peperiksaan. Malah, sebagai seorang muslim, kita kena mengambil tahu hal yang berlaku di sekeliling kita lebih-lebih lagi hal yang melibatkan umat Islam tidak kira dimana jua berada lebih-lebih lagi bila mana melibatkan umat Islam di Palestin”
PMRAM yang juga merupakan gerakan mahasiswa di bumi Mesir mengajak ahli-ahlinya supaya lebih cakna dengan perkembangan umat Islam di Palestin. Oleh sebab itu, PMRAM menubuhkan satu unit dibawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM iaitu Mini Pavilion iaitu satu unit yang ditugaskan untuk memberikan penerangan tentang isu-isu umat Islam di Palestin.
Setakat ini, sebarang berita semasa mengenai Palestin dan isu sekitarnya dimasukkan di dalam laman rasmi Mini Pavilion http://map2street.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment