Mini Pavilion PMRAM
10.04 malam, Mesir/Palestin : Seorang aktivis yang berwarganegara Amerika-Israel telah kehilangan salah satu dari matanya setelah bom gas yang dicampakkan oleh tentera penjajah meletup di hadapan mukanya.
Menurut Jawatankuasa Penentangan Masyarakat ke atas tembok pemisah bahawa kejadian itu berlaku minggu lepas di Ramallah, Tebing Barat.
Dijelaskan lagi, aktivis tersebut bernama Emily Henofitsh yang turut menyertai aktivis-aktivis Palestin dan aktivis luar dalam satu demontrasi tunjuk perasaan di lintasan Qalandiya, selatan Ramallah bagi mengecam serangan Israel ke atas armada pembebasan. Bagaimanapun, Emily mengalami luka parah apabila bom gas yang dicampakkan oleh tentera penjajah meletup dan terbakar di hadapan mukanya. Lalu, Emily dibawa ke salah sebuah hospital Israel. Rawatan tersebut mengesahkan bahawa Emily telah kehilangan salah satu dari matanya. Sumber 07/06/2010, web berita safa.ps
07.07 petang, Mesir/Palestin : Progam tahfiz Al-Quran dan pengajian hadis telah dilancarkan di Gaza untuk tahun ke-2 dengan tema, "تاج الوقار2".
Program tersebut dianjurkan oleh Dar Al-Quran Al-Karim dan Sunnah di bawah seliaan Kementerian Hal-Ehwal Agama dan Waqaf di Gaza.
Sumber dari agensi berita yang memetik ucapan Abdul Rahman Jamal, Pengerusi Dar Al-Quran dan Sunnah juga selaku ahli parlimen menyatakan tujuan program ini adalah untuk melahirkan setiap rumah ada penghafaz Al-Quran. Jelas beliau lagi, perkhemahan program itu akan dibahagikan kepada empat bahagian bagi menerapkan pelajar mengenai pengajian agama.
Sementara itu, Ahmad Bahr, speaker Majlis Legislatif Palestin di Gaza mengumumkan pembukaan perkhemahan program Al-Quran meskipun dalam keadaan yang perit, namun ia merupakan petanda-petanda dari kemenangan yang semakin hampir bagi penduduk Palestin ke atas penjajahan Israel. Sumber 07/06/2010, web berita safa.ps
01.20 petang, Mesir/Palestin : Laporan web berita shehab.ps yang menukil kenyataan wakil Mesir yang enggan disebutkan namanya berkata, "kami akan pastikan semua terowong bawah tanah ditutup".
Ketika memberi kenyataan kepada sekumpulan pemberita, beliau disoal tentang penyempurnaan projek pembinaan tembok keluli yang dibina bawah tanah antara sempadan Mesir dengan Gaza, seraya menjawab, "kami harap akhir musim panas ini projek ini selesai", jelas beliau lagi, "kami berhak untuk membangunkan projek ini kerana mengikut undang-undang, kami akan bawa barang bantuan dan keperluan mereka(isyarat kepada penduduk Gaza) melalui atas tanah, bukannya bawah tanah..biar proses ini berjalan di hadapan mata kami".
Sumber 07/06/2010, web berita shehab.ps
0 comments:
Post a Comment