Tertera di dalam Kosmo bertarikh 7 Jun (link), berita yang saya rasa macam ada kaitan dengan Sukan 1 Malaysia. Tajuk pun nampak best..
KBS sedia bantu persatuan belia anjur sukan ekstremMELAKA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membantu persatuan belia menganjurkan sukan ekstrem melibatkan golongan muda, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.Beliau berkata, sukan ekstrem seperti sukan permotoran dan udara, masih baru di negara ini dan belum menjadi satu budaya di kalangan rakyat."Kementerian akan melihat kemudahan yang ada pada persatuan belia itu dan bagaimana mereka dapat menimbulkan minat golongan muda dalam program pembangunan sukan ekstrem yang mereka rancangkan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2010 di sini, hari ini.
Secara jujur saya cakap, mula-mula saya sangka ia adalah Sukan 1 Malaysia.. Rupa-rupanya bukan.. Saya menantikan berita tersebut..
Pada saya, rasa tak aci pun ada, apabila melihat KBS terlepas pandang untuk menyebut Sukan 1 Malaysia, dan "memperbaiki" acara-acara yang disediakan dalam Sukan 1 Malaysia tersebut. Saya menantikan sukan ekstreem yang disebut diadakan di Mesir, yang diadakan oleh Kelab UMNO atau JPMK sendiri.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment