05 June 2010

Kapal MV Rachel Corrie Mohon Bantuan PBB Untuk Sampai Ke Gaza


Sabtu, 05/06/2010 – Menurut aktivis yang berkata pada Khamis lepas, sebuah kapal Ireland dijangka akan berlabuh di Gaza pada hujung minggu ini. Mereka telah memohon bantuan PBB untuk memastikan keselamatan pelayaran mereka selepas rejim Zionis menghentikan satu konvoi kapal bantuan dalam pertempuran yang mengorbankan beberapa orang awam baru-baru ini.

Kapal, yang diberi nama MV Rachel Corrie akan membawa 15 orang penumpang termasuk seorang pemenang anugeral Nobel dan seorang bekas pegawai tertinggi PBB. Kapal itu sekarang ini berada kira-kira 250 batu (400 km) dari tempat di mana 6 buah kapal bantuan Gaza diserang tentera rejim Zionis sehingga mengorbankan 9 orang awam.

“Kami ingin menekankan di sini bahawa matlamat kami bukannya untuk membuat provokasi tetapi hanya untuk menghantar kargo-kargo bantuan ke Gaza,” kata bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Denis Halliday. Kenyataan beliau disiarkan oleh Kempen Ireland untuk Pembebasan Palestin (IPSC).

“Kami menyeru PBB untuk memeriksa kargo bantuan kami dan mengiringi kami ke Gaza, serta menghantar seorang perwakilan dari PBB untuk bersama-sama belayar dengan kami sebelum memasuki zon pengecualian,” katanya lagi.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : salwa
palestinkini.info

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal